Kebanyakan suspek kes jenayah seksual kanak-kanak dikenali mangsa

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

SHAH ALAM: Kebanyakan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang dilaporkan di Selangor pada tahun ini melibatkan suspek yang dikenali oleh mangsa iaitu sebanyak 75.7 peratus.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata, dapatan itu adalah hasil siasatan yang dijalankan pihaknya sepanjang Januari sehingga bulan lepas.

“Hanya 24.4 peratus sahaja kes yang suspeknya mangsa tidak kenali. Pemangsa yang dikenali adalah seperti bapa kandung atau bapa tiri, datuk atau datuk tiri, abang kandung atau abang tiri, suami atau anak pengasuh, jiran, teman lelaki ibu, kawan-kawan mangsa dan jiran,” katanya pada program Media Talk JSJ Selangor, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, pada Jumaat.

Turut hadir, Timbalan Ketua JSJ (Risikan & Operasi) Selangor ACP Mohammad Abd Hamid, Pegawai Turus D11 (Jenayah Seksual & Keganasan Rumahtangga) JSJ IPK Selangor dan Pegawai Turus D5 (Perundangan & Siasatan) JSJ IPK Selangor DSP Dr A. Vasu.

Menurut Fadzil, statistik kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang dilaporkan di Selangor pada tahun ini turut menunjukkan peningkatan, iaitusebanyak333kesdicatatkan bermula Januari sehingga bulan lepas berbanding 287 kes pada tahun lalu.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.