Siti Hasmah lancar kedai buku 24 jam yang pertama di Malaysia

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

CYBERJAYA: Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada Jumaat melancarkan kedai buku terbaharu BookXcess di sini, yang disifatkan sebagai kedai buku 24 jam yang pertama di Malaysia.

Terletak di Tamarind Square, cawangan BookXcess di Cyberjaya meliputi kawasan seluas 37,000 kaki persegi yang menawarkan lebih setengah juta buku meliputi pelbagai topik.

Dalam majlis pelancaran itu Dr Siti Hasmah menandatangani plak yang memaparkan kata-kata dalam bahasa Inggeris bermaksud ‘Seorang wira buku dan berpegang teguh kepada kebaikan dalam membaca.’

Beliau turut menyerahkan sumbangan buku bernilai RM5,000 sebagai sokongan kepada pemupukan pembaca muda, masing-masing kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Union, Cyberjaya dan Sekolah Kebangsaan Cyberjaya, daripada Tujuan Gemilang Sdn Bhd, pemilik hartanah Tamarind Square.

Ketika berucap, pengasas BookXcess Jacqueline Ng berkata Tamarind Square adalah lokasi ketujuh kedai berkenaan selepas kedai BookXcess pertama dibuka di Amcorp Mall pada 2006.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.