Sahran dilantik Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan KOPETRO Sabah

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KOTAKINABALU:Koperasi Kakitangan Petronas Bhd (KOPETRO) di Sabah telah mengadakan mesyuarat khas di Pejabat Kopetro Katering, Cyber Perdana dekat sini pada Jumaat.

Dalam mesyuarat yang dipengerusikan Setiausaha Ahli Lembaga Pengarah KOPETRO, Datuk Abdul Razak Hussain itu, memutuskan untuk melantik Datuk Sahran Untai sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan KOPETRO Kawasan Sabah.

Selain majlis penyerahan suratpelantikankepadaSahran, KOPETRO turut mengadakan perbincangan sesama ahli bagi mengadakan Kursus Umrah Perdana percuma di Lahad Datu dan Tawau pada 23 dan 24 November depan.

Orang ramai khususnya di Lahad Datu dan Tawau dipelawa menghadiri Kursus Umrah Perdana percuma yang dianjurkan oleh Kopetro Travel & Tours (KTT) Sdn Bhd iaitu anak syarikat kepada KOPETRO Bhd.

Disamping itu, perbincangan mendalam turut diadakan antaranya berkenaan peluang-peluang perniagaan minyak pelincir dan katering antara KOPETRO & wakil jualan.

Turut hadir Bendahari KOPETRO Bhd, Adam Keling dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KOPETRO Bhd Alim Yaacob serta wakilwakil jualan KOPETRO yang lain.

(gambar atas) ABDUL Razak sedang mempengerusikan mesyuarat khas yang diadakan itu. (gambar kiri) ABDUL Razak menyampaikan surat lantikan kepada Sahran sempena mesyuarat khas itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.