Inisiatif TCA jadi model inovatif

Bantu wujudkan keselamatan maritim dengan berkesan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh NOORASVILLA MUHAMMA

SANDAKAN: Inisiatif Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina akan menjadi model inovatif dalam membantu mewujudkan keselamatan maritim dengan begitu berkesan.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin yang dalam rangka lawatan ke Filipina dan Indonesia baru-baru ini memberitahu semua pihak yang terlibat bersetuju dengan inisiatif TCA yang dapat meningkatkan aspek keselamatan maritim.

“Mereka juga menyatakan dengan saya, tiga negara di kawasan utara Laut China Selatan sedang mengkaji untuk pelaksanaan inisiatif TCA ini.

“Kerjasama tiga negara, saya tidak boleh sebut negara mana tetapi ini membuktikan inisiatif TCA ini menjadi satu contoh yang baik dan kreatif dalam membantu meningkatkan aspek keselamatan maritim di perairan negara masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Penghargaan sempena Lawatan Pengunduran Panglima Tentera Laut ke Markas Wilayah Laut 2 di Dewan Mohd Azim, RKTLDM Taman Samudera di sini kelmarin.

Hadir sama, Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam.

Dalampadaitu, Ahmad Kamarulzaman berkata pengoperasian dua pangkalan laut di perairan negara sejak beberapa tahun lalu masih relevan dalam mewujudkan perasaan selamat dalam kalangan masyarakat setempat.

Menurutnya, kehadiran Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah dan Pangkalan Laut Tun Azizan di tengah laut secara tidak langsung dapat mencegah daripada berlakunya sebarang ancaman.

Katanya, sekiranya terdapat ancaman tertentu, respon daripada pasukan yang diletakkan di atas pangkalan laut itu akan lebih cepat bertindak berbanding sebelum adanya aset berkenaan.

“Dalam keadaan sekarang ini, ia memang sudah terbukti berkesan. Bagi saya, pangkalan laut ini masih relevan dan kalau boleh kita perlu lihat dari segi memperkembangkan juga pangkalan laut ini di tempat lain.

“Sekarang ini, dua pangkalan laut ini telah menjadi tarikan kepada beberapa negara luar. Contohnya di Filipina, mereka juga melihat untuk mengoperasikan pangkalan laut macam ini. Ini kerana ia diletak di tengah laut dan mempunyai kelengkapan,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menyatakan Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) merupakan perisai pertahanan hadapan maritim di negeri ini khususnya di perairan Timur Sabah.

Katanya, pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan TLDM demi memacu markas itu ke arah kecemerlangan khususnya dalam memastikan keselamatan maritim dan sempadan perairan Timur Sabah sentiasa

“Kerjasama tiga negara, saya tidak boleh sebut negara mana tetapi ini membuktikan inisiatif TCA ini menjadi satu contoh yang baik dan kreatif dalam membantu meningkatkan aspek keselamatan maritim di perairan negara masing-masing,” LAKSAMANA TAN SRI AHMAD KAMARULZAMAN AHMAD BADARUDDIN Panglima Tentera Laut

terpelihara.

“Ini termasuk penambahan bilangan kapal dan aset yang beroperasi di MAWILLA 2 serta program Transformasi 15to5. Selain itu, inisiatif (TCA) yang melibatkan kerjasama Malaysia, Indonesia dan Filipina dilihat telah terbukti memberi manfaat yang baik dan impak yang sangat positif kepada komuniti maritim di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

“Usaha sama ini juga dilihat telah memberikan banyak kebaikan dan keyakinan kepada negara serantau dan pengguna alur pelayaran khususnya dalam tahap keselamatan maritim di Laut Sulu dan Sulawesi,” jelasnya.

AHMAD Kamarulzaman bersama Navy People di Dewan Mohd Azim, RKTLDM Taman Samudera.

AHMAD Kamarulzaman menandatangani buku pelawat semasa ketibaan di Dewan Mohd Azim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.