Majlis Graduasi TAT dan SRAT berlangsung meriah

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh YAP SIONG HAN

TUARAN: Majlis Graduasi Tadika Advent Tamparuli (TAT) dan Sekolah Rendah Advent Tamparuli (SRAT) berlangsung meriah dengan kehadiran ibu bapa dan pengurusan tertinggi sekolah dan tadika itu, di sini barubaru ini.

Bertempat di Auditorium Adventist Tamparuli, seramai 31 murid TAT dan 30 pelajar tahun enam SRAT diraikan selepas masing-masing berjaya menamatkan persekolahan di peringkat tadika dan sekolah rendah.

Bagi pelajar TAT, mereka akan meneruskan pendidikan ke tahun satu di peringkat sekolah rendah, manakala pelajarSRATakanmelanjutkan persekolahan di peringkat sekolah menengah bermula tahun hadapan.

Dengan berpakaian lengkap jubah graduasi, kesemua murid TAT dan SRAT menaiki pentas satu persatu menerima sijil sebagai tanda kejayaan menamatkan satu peringkat di alam persekolahan.

Turutdiadakanpersembahan koir daripada kedua-dua kelompok pelajar serta acara penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang TAT.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Lembaga SRAT dan TAT Dr. Suhaibun Gisin, Pengerusi TAT Milton Gumbilai, Pengetua Sekolah Menengah Advent Tamparuli (SMAT) Melson Lukas, Guru Besar SRAT Florence Rojiin, Pengelola TAT Crystal Chew, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) TAT Salbinous Saribun dan Ahliahli Lembaga dan guru-guru SRAT dan TAT.

BARISAN murid TAT yang bergraduasi. Turut kelihatan Pengerusi Lembaga TAT Milton Gumbilai (barisan belakang, dua kanan).

TENAGA pengajar TAT mengambil gambar kenangan bersama salah seorang murid. Turut kelihatan Crystal (depan, kiri).

BARISAN murid tahun 6 SRAT yang diraikan pada majlis graduasi.

ANTARA wajah-wajah ceria dalam kalangan murid TAT yang bergraduasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.