Tiada perpecahan dalam PKR: Rafizi

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

JULAU:Walaupun pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini merupakan yang paling sengit dan ramai mengatakan ianya akan membawa perpecahan dan perbalahan di kalangan ahlinya, namun calon timbalan presiden Rafizi Ramli tidak menganggap sedemikian.

“Kami adalah reformis. Kami telah hadapi banyak krisis selama 20 tahun dan saya tidak fikir pemilihan parti kali ini akan membawa kepada perpecahan dalam parti, sekurang-kurangnya untuk saya dan rakan-rakan saya,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Sukan Julau, pusat e-voting cabang PKR Julau, di sini pada Sabtu.

Dalam pemilihan PKR kali ini, Rafizi menghadapi pencabar tunggalnya yang juga merupakan penyandang jawatan tersebut Datuk Seri Azmin Ali yang pada masa ini mendahului dengan kelebihan 2,600 undi.

Katanya, beliau yakin jika berlakunya sebarang perpecahan, presiden PKR yang dipilih Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dapat memperbaiki hubungan sesama ahli selepas pemilihan itu.

Mengenai isu keahlian PKR di Julau yang menjadi kontroversi sepanjang tempoh pemilihan ini, Rafizi berkata, 13,000 ahli tersebut telah diluluskan oleh pengerusi Jawatankuasa Semakan Keahlian Xavier Jayakumar, yang berada di kem Azmin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.