Bakal haji perlu diberi gambaran sebenar di tanah suci : Mujahid

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

SEPANG: Pengendali kursus Ibadat Haji disaran supaya memberikan penerangan terperinci mengenai situasi sebenar dan cabaran yang bakal dilalui bakal-bakal haji semasa berada di Tanah Suci dalam kursuskursus kendalian mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata gambaran sebenar termasuk kemungkinan bencana perlu diterangkan supaya bakal-bakal haji dan keluarga bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Selain memberi asas kefahaman yang tepat tentang kewajipan haji serta hukum-hakam haji, mereka juga perlu menceritakan perkara yang di luar konteks haji seperti perkaraperkara di luar jangka yang mungkin terjadi.

“Ini penting agar bakal-bakl haji tidak meletak sebarang ekspektasi terlalu tinggi dan bersedia untuk menghadapi pelbagai suasana berbeza serta kemungkinan berlakunya krisis atau bencana yang tidak diduga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-35 Bagi Musim Haji 1440H yang dihadiri lebih 300 Pengkursus Ibadah Haji di sini pada Sabtu.

Mujahid berkata sebagai pendidik yang sering bersua muka dengan bakal-bakal haji, mereka yang bergelar ‘murabbi’ itu perlu juga berkongsi cerita ‘tidak enak’ itu selain mendidik rohani, jasmi, fizikal dan mental untuk mengamalkan apa yang dipelajari dengan sempurna.

Beliau juga menyarankan supaya modul bimbingan haji diperkemaskan lagi dengan mengambil kira situasi terkini agar proses pengurusan haji berkaitan hukum hakam adalah selari dengan amalan ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Para murabbi ini juga perlu memberi kefahaman berkenaan pendekatan berteraskan Rahmatan Lil Alamin secara terperinci kerana haji merupakan ibadat agung yang turut disertai umat Islam dengan pelbagai latar belakang bangsa,” katanya.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.