Kementerian kewangan setuju saranan baucar buku diteruskan

Kementerian kewangan setuju saranan

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan telah bersetuju dengan saranan supaya skim bantuan baucar buku bagi penuntut institut pengajian tinggi (IPT) diteruskan.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata perkara yang dipersetujui semasa mesyuarat Kabinet semalam itu turut mendapat sokongan daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Maszlee berkata kementerian terbabit bersetuju untuk melihat cadangan itu yang bertujuan untuk membantu mengurangkan beban kewangan penuntut IPT.

“Saya telah membawa perkara ini dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung semalam (Jumaat) iaitu mesyuarat pertama selepas Belanjawan 2019 dibentangkan pada 2 Nov lepas.

“Perdana Menteri juga melahirkan pandangan bahawa bantuan seperti skim berkenaan perlu diteruskan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu

Maszlee menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Kewangan dan sokongan Perdana Menteri dalam mempertimbangkan cadangan tersebut demi membantu penuntut IPT.

Kami berharap akan ada berita menggembirakan dalam waktu terdekat berhubung cadangan ini, katanya.

Maszlee berkata cadangan itu adalah selaras dengan janjinya dalam memastikan kebajikan penuntut IPT terbela.- Bernama

“Saya telah membawa perkara ini dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung semalam (Jumaat) iaitu mesyuarat pertama selepas Belanjawan 2019 dibentangkan pada 2 Nov lepas. “Perdana Menteri juga melahirkan pandangan bahawa bantuan seperti skim berkenaan perlu ” diteruskan. DR MASZLEE MALIK Menteri Pendidikan

DR Maszlee (lima, kiri) beramah mesra dengan para graduan pada Majlis Konvokesyen UIAM kali ke- 34 di UIAM Kampus Gombak pada Sabtu. Seramai 5,413 graduan diraikan antaranya 4,449 menerima skrol peringkat Ijazah Sarjana Muda dan seramai 964 graduan di Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang pengajian dari 16 Kuliyyah (fakulti).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.