Johor siap siaga hadapi Monsun Timur Laut: Exco

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

KLUANG: Kerajaan Johor sudah bersiap siaga untuk menghadapi fenomena Monsun Timur Laut yang dijangka membawataburanhujanbanyak sehingga boleh mengakibatkan bencana banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata fenomena itu dijangka bermula penghujung bulan ini sehingga Mac tahun depan.

“Johor sudah bersedia sepenuhnya untuk berhadapan sebarang kemungkinan dalam tempoh berkenaan (monsun) dengan pelbagai usaha dilakukan melibatkan beberapa agensi.

“Melalui portfolio saya, Jabatan Pengairan dan Saliran mengambil tindakan awal dengan menyelenggara dan membersihkan sistem perparitan di kawasan berisiko banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian kepadapemberitapadaprogram ‘Family Fun and Health 2018’ di Dataran Kluang di sini pada Sabtu. Turut hadir Anggota Parlimen Kluang Wong Shu Qi.

Sahruddin berkata persiapan akan dimulakan dengan pemantauan hujan dan kenaikan paras air sungai serta laut sehingga kepada persediaan dalam menangani waktu kecemasan, pemindahan penduduk, aspek kesihatan serta bekalan barangan keperluan.

Beliau berkata persiapan awal turut dilakukan di peringkat daerah dengan masing-masing akan melaksana Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Banjir di semua jabatan dengan memberi penugasan mengikut peranan tertentu.

“Melalui mesyuarat tersebut, pelbagai persiapan dilakukan termasuk mengemas kini senarai keanggotaan jawatankuasa yang terlibat termasuk pengerusi zon banjir mengikut setiap mukim.

“Dari segi kesihatan, saya meminta Jabatan Kesihatan Negeri Johor bersiap sedia dari aspek pencegahan penyakit berjangkit,” kata beliau.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.