Barangan elektrik tidak lulus Sirim antara punca kebakaran

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

KOTABHARU:Penggunaan barangan elektrik yang tidak lulus pemeriksaan daripada Sirim Bhd menjadi antara punca kebakaran 65 peratus daripada 5,522 kebakaran kediaman yang direkodkan di seluruh negara tahun lepas.

Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Edwin Galan Teruki berkata hasil kajian yang dilalukan pihaknya mendapati kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut lebih cenderung menggunakan peralatan elektrik yang tidak diluluskan kerana lebih murah.

“Walaupun peralatan elektrik tersebut lebih murah namun secara tidak langsung ia membahayakan keselamatan pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan Kempen Kesedaran Keselamatan Awam JBPM Kelantan yang turut dihadiri Pengarah JBPM Negeri Kelantan Nazili Mahmood di sebuah pasaraya di Pengkalan Chepa di sini, pada Sabtu.

Sementaraitubeliauberkata 327 kes lemas direkodkan di seluruh negara tahun lepas manakala sejak Januari hingga hingga September lepas, 228 kes dicatatkan.

“Ia menunjukkan bahawa kematian akibat lemas pada tahun lepas dan sehingga Spetember tahun ini mencapai nisbah satu kematian sehari. Jumlah ini sangat membimbangkan dan masyarakat diminta untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling ketika menjalankan aktiviti di air,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Edwin berkata sejak Januari hingga Oktober tahun ini, hanya 450 kelab kebombaan ditubuhkan di Kelantan dan jumlah berkenaan masih lagi rendah berbanding nisbah penduduk negeri.

“Sehingga Oktober, hanya 431 Kelab Kebakaran KanakKanak (Kelab 3K), empat pasukan bomba komuniti, tiga pasukan Skuad Bomba dan 12 pasukan Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) ditubuhkan.

“Jumlah ini masih lagi rendah berbanding dengan nisbah rakyat negeri ini dan JBPM sangat mengalu-alukan penglibatan orang ramai dalam kelab-kelab berkenaan untuk menyampaikan mesej keselamatan kebakaran dan keselamatan air kepada masyarakat,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.