Sultan Nazrin berkenan lantik Jemaah Pemangku Raja Perak

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

KUALA KANGSAR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melantik Jemaah Pemangku Raja Perak yang berkuatkuasa hari ini (Ahad).

Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Ayop Hashim dalam kenyataan pada Sabtu berkata Sultan Nazrin berkenan melantik Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak.

Katanya ahli-ahli jemaah yang dilantik ialah Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin dan Orang Kaya Kaya Seri Agar DiRaja Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Beliau berkata dalam tempoh masa Sultan Nazrin sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, menjalankan fungsi-fungsi jawatan itu, berkenan melantikJemaahPemangku Raja Perak.

Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke istiadat angkat sumpah Jemaah Pemangku Raja Perak di Istana Iskandariah di sini pada Sabtu.

Sultan Nazrin juga berkenaan menyampaikan watikan pelantikan tersebut. Berangkat pada istiadat itu Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah, Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.Bernama

RAJA Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa mengangkat sumpah sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak pada istiadat mengangkat sumpah di Istana Iskandariah, pada Sabtu. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.