Anwar, Kit Siang terima anugerah kepimpinan WCEF

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

KUALA LUMPUR:Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima anugerah kepimpinan ‘Patron’s Distinguished Benevolence Leadership Award’ daripada Forum Ekonomi China Dunia (WCEF).

Anugerah itu adalah sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan Anwar sebagai tokoh pemimpin politik Malaysia dan ikon antarabangsa bagi demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia.

Penaung WCEF Tan Sri Lee Kim Yew menyampaikan anugerah itu kepada Anwar yang turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia Datuk Michael Yeoh.

Yeoh berkata walaupun dipenjarakan sebanyak dua kali, Anwar tidak berdendam terhadap merekayangmelakukannyadansifat pemaaf beliau membolehkannya bekerjasama rapat dengan Perdana MenteriTunDrMahathirMohamad pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Malam ini kita kenang dan raikan Anwar atas sifat rendah diri serta keinginannya terhadap keadilan, ramai yang menyanjunginya sebagai Nelson Mandela Malaysia,” katanya pada majlis penyampaian anugerah itu dan malam gala WCEF, di sini baru-baru ini.

Selain Anwar, WCEF turut menyampaikan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat kepada pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan bekas wakil Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Noeleen Heyzer.

Semasa menerima anugerah itu, Anwar berkata beliau bersetuju dengan Dr Mahathir bahawa Malaysia akan ketinggalan tanpa pembangunan yang dibawa oleh kaum Cina tempatan.

“Kaum Cina memainkan peranan penting dalam pembangunan di negara ini dan hari ini kita lihat Malaysia mencapai kejayaan dengan kekayaan dikongsi dalam kalangan semua rakyat Malaysia.

“Saya juga mempelawa syarikat China agar menimbang Malaysia sebagai destinasi utama bagi perdagangan dan pelaburan,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.