Penulis penentang Cina selar ancaman kebebasan bersuara

Utusan Borneo (Sabah) - - Global -

HONG KONG: Penulis penentang Cina, Ma Jian, menyelar ancaman kepada kebebasan bersuara semalam dan berkata ia adalah “asas bagi ketamadunan” ekoran kesukaran untuk mencari tempat bagi mengadakan ceramahnya di festival kesusasteraan Hong Kong.

Perbalahan mengenai venus mendorong kebimbangan yang semakin meningkat bahawa kebebasan wilayah separa autonomi Hong Kong sedang hilang dengan cepat di bawah Beijing yang semakin keras.

Ma, penulis buku-buku yang diharamkan di tanah besar China, sepatutnya mempromosikan novel terbaharunya ‘China Dream’ di dua ceramah semalam.

Tajuk novel itu bermainmain dengan retorik Presiden China Xi Jinping tentang nafas baharu kebangsaan dan digambarkan oleh penerbit Penguin sebagai “satira tajam bagi totalitarianisme”.

“Penapisan diri bukan perkara yang hebat dan kita perlu memiliki keberanian untuk menamatkannya,” katanya kepada pemberita pada pagi semalam di satu sidang akhbar di pusat kesenian Tai Kwun yang baharu dan menganjurkan Festival Kesusasteraan Antarabangsa Hong Kong dan pada asalnya membatalkan ceramahnya.

Tempat tersebut mengadakannya semula pada saat akhir kelmarin selepas sebuah lokasi gantian turut menarik diri.

Ma, 65, berkata perubahan hati Tai Kwun pada minit akhir menunjukkan “penapisan diri telah gagal”.

“Kebebasan untuk bersuara adalah asas kepada ketamadunan kita,” ujarnya.

“Kita perlu melindungi kebebasan ekspresi kita. Kita perlu melindungi ketamadunan kita.”

Beliau bersetuju kebebasan bersuara di Hong Kong semakin menguncup dan orang rasa “kurang selamat” tetapi berkata perhatian yang diberikan kepada pembatalan ceramahnya dan pembatalan keputusan berkenaan telah menyatukan rakyat dan mungkin “permulaan perubahan”.

Ma, yang tinggal di London dan merupakan pemegang pasport Britain selain menjadi penduduk Hong Kong, berkata beliau sudah memaklumkan ahli parlimen tempatan bahawa beliau akan datang ke Hong Kong dan mereka sudah memberitahu kementerian luar Britain. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.