Kerajaan unjur pertumbuhan KDNK 4.9 peratus pada 2019

Kementerian kekal pada unjuran itu walaupun beberapa pengulas percaya situasi tersebut akan menjadi semakin lemah

Utusan Borneo (Sabah) - - Hiburan -

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sedikiit lebih baik pada 4.9 peratus pada 2019 berbanding unjuran 2018 pada 4.8 peratus, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Johan Mahmood Merican berkata kementerian kekal pada unjuran itu walaupun beberapa pengulas percaya situasi tersebut akan semakin lemah apabila unjuran 2018 dan 2019 dibandingkan.

Bekas ketua pegawai eksekutif Talent Corporation Malaysia itu berkata Malaysia mencatatkan pertumbuhan KDNK pada 5.9 peratus pada 2017, manakala bagi tahun ini ia menjadi sedikit sederhana.

“Penting untuk rakyat Malaysia memahami bahawa ini adalah kesan unjuran ekonomi global apabila badan antarabangsa, termasuk Tabung Kewangan Antarabangsa, menyemak turun unjuran pertumbuhan mereka.

“Ini sebahagian kesan daripada antara faktor utama iaitu perang perdagangan Amerika Syarikat-China serta Malaysia sebagai ekonomi perdagangan terbuka, yang terjejas disebabkan perang perdagangan berlanjutan, yang mungkin lebih buruk.

“Kita yakin dengan strategi yang ditetapkan MoF, khususnya yang bertujuan memastikan masih terdapat pertumbuhanyangdirangsang menerusi perkongsian awamswasta yang lebih baik.

“Kita percaya terdapat langkah dan strategi mencukupi dilaksanakan kerajaan untuk memastikan kita dapat mengekalkan atau menjadi sedikit lebih baik bagi unjuran pertumbuhan 2018,” katanya kepada Bernama.

Mengenai defisit, Johan berkata pada 2017, Malaysia merekodkan defisit 3.0 peratus, dan seperti diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ia meningkat kepada 3.7 peratus tahun ini dan kerajaan menyasarkan untuk mengurangkannya kepada 3.4 peratus pada 2019 dan tiga peratus pada 2020.

“Selain itu, kita berpegang kepada komitmen kerajaan ke arah pengukuhan fiskal dengan pengurangan defisit kepada 3.4 peratus hingga tiga peratus, namun pada masa sama kerajaan baharu melihat ini sebagai tempoh peralihan,” katanya.

Beliau berkata defisit yang lebih tinggi berbanding tahun lepas, sebahagiannya mencerminkan defisit yang diumumkan sebelum ini, bukan gambaran kepada situasi sebenar, memandangkan pergantungan kepada perbelanjaan lembaran imbangan telah mengakibatkan hutang melebihi RM1 trilion.

Johan berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah komited untuk menilai keperluan membetulkan semula keadaan hutang yang berlebihan itu, justeru, terdapat strategi kerajaan yang digariskan dalam Belanjawan 2019 untuk benar-benar menyaksikan angkah yang boleh dilaksanakannya bagi mengurangkan paras hutang.- Bernama

LANCAR...Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan Kumpulan AmBank, Christopher Yap (tengah) bergambar bersama Pengurus Pusat Perniagaan Wilayah Utara Ambank, Winson Tang (kiri), Naib Presiden Kanan Perbankan Perniagaan Kumpulan AmBank, Tay Ming Han (dua, kiri), Naib Presiden Eksekutif, Komunikasi dan Pemasaran Korporat Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali (dua, kanan) dan Naib Presiden Kanan, Kumpulan Penjenamaan dan Pemasaran, Kumpulan AmBank, Heida Hew (kanan) pada Pelancaran dan Siri Jelajah Cabaran Keusahawanan ‘Ambank BizRACE’, pada Sabtu. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.