Petronas sedang menilai kesan pembaharuan cukai jualan oleh Sarawak

Utusan Borneo (Sabah) - - Bisnes -

KUALA LUMPUR: Petronas sedang menilai kesan cukai jualan sebanyak lima peratus ke atas produk petroleum pada 2019 yang diumumkan kerajaan Sarawak.

Dalam kenyataan semalam, syarikat minyak nasional itu berkata pihaknya akan terus memantau perkembangan perkara itu selain mendapatkan penglibatan kerajaan persekutuan dan negeri.

Pada 5 Nov lepas, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan cukai baharu tersebut semasa membentangkan Belanjawan Negeri Sarawak 2019 berjumlah RM11.9 bilion, yang merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah negeri itu, di persidangan Dewan Undangan Negeri.

Cukai baharu itu, akan dikenakan ke atas minyak mentah, gas asli, gas asli cecair, baja berasaskan kimia dan produk cecair hingga gas, yang dianggarkan menjana hasil RM3.897 bilion kepada kerajaan negeri.

Susulan itu, Sarawak diunjurkan memperolehi hasil tertinggi dalam sejarahnya iaitu lebih RM10 bilion pada 2019.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.