Utusan Borneo (Sarawak)

Naib Pengerusi BERSIH S’wak buat laporan polis rakan seperjuang­an diancam maut

-

KUCHING: Naib Pengerusi BERSIH Sarawak Ann Teo semalam membuat laporan polis ekoran penyebaran gambar-gambar yang diubah suai dan mengancam nyawa rakan-rakan seperjuang­annya dalam BERSIH.

Bercakap kepada pemberita di Pusat Sehenti Polis di Jalan Simpang Tiga, beliau berkata laporan itu dibuat untuk menunjukka­n kesatuan dengan Maria Chin Abdullah, Mandeep Singh, Ambiga Sreenevasa­n serta tiga anak lelaki Maria, selepas semuanya dipaparkan secara berseorang­an dalam gambar-gambar yang dihantar menerusi WhatsApp.

“Dia ( Maria) menerima ancaman maut, tetapi imej yang diubah suai turut mengandung­i gambar setiap ana- knya. Pada keseluruha­nnya, terdapat enam imej tetapi hanya satu mesej sahaja,” katanya.

Teo turut mengecam ancaman dan ugutan terhadap mereka yang menyertai perhimpuna­n aman serta mereka yang mendukung pilihan raya yang bebas dan adil, dan menyeru kepada polis serta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM) untuk menggunaka­n sumber mereka bagi mengenal pasti seterusnya membawa dalangnya ke muka pengadilan.

Antara yang mengiringi Teo ke balai polis semalam adalah wakil pertubuhan bukan kerajaan kerajaan, Lawyer Kamek 4 Change (LK4C) Simon Siah, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Kebangsaan Voon Shiak Ni, Abdul Aziz Isa dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) iaitu pembantu khas Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen serta Ketua Wanita PKR Negeri Nurhanim Mokhsen.

 ??  ?? LAPOR POLIS: Ann (barisan depan, tengah) dan rombongann­ya membawa plakad di depan Pusat Sehenti Polis sebelum membuat laporannya.
LAPOR POLIS: Ann (barisan depan, tengah) dan rombongann­ya membawa plakad di depan Pusat Sehenti Polis sebelum membuat laporannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia