Utusan Borneo (Sarawak)

FELCRA diminta mengadakan dialog dengan penduduk di DUN Jemoreng

-

MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya mahu Felcra Berhad ( FELCRA) mengadakan dialog dengan peserta terdiri penduduk di kawasan beliau.

Perkara itu bertujuan bersemuka dan berbincang mengenai beberapa perkara termasuk bagaimana hendak membantu penduduk daripada segenap aspek.

“Kita bincang bersama bagaimana untuk membantu, membangun serta meningkatk­an pendapatan penduduk terlibat,” katanya pada perasmian Program Hijrah bersama FELCRA di Masjid Darul Falah, Igan petang kelmarin.

Menurutnya, beliau sendiri turut bersama dalam sesi dialog membincang­kan pelbagai perkara berbangkit membabitka­n peserta di kampung-kampung di konstituen­sinya.

Katanya, dialog itu pasti dapat memberi manfaat kepada semua penduduk dan pada masa sama mensejahte­rakan perhubunga­n kedua-dua pihak.

Juanda turut meminta FELCRA menggandak­an program berbentuk tang- gugjawab sosial korporat (CSR) terutamany­a terhadap keperluan sekolah-sekolah rendah dan menengah di kawasan sekitar.

“Sebab saya percaya, bantuan kepada keperluan pendidikan adalah sumbangan terbaik kepada masyarakat,” ujarnya.

Beliau memberitah­u perkara itu kerana maklum tentang ada sebahagian sekolah di kawasannya amat memerlukan dana dan bantuan.

Turut hadir Pengurus Kawasan FELCRA Mukah, Masazhar Abdullah.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Juanda (tengah) menerima cenderamat­a daripada Masazhar (dua kiri) disaksikan yang lain.
TERIMA KASIH: Juanda (tengah) menerima cenderamat­a daripada Masazhar (dua kiri) disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia