Utusan Borneo (Sarawak)

90 sertai Kursus Asas RT anjuran JPNIN Sri Aman

-

SRI AMAN: Seramai 90 peserta menyertai Kursus Asas Rukun Tetangga (RT) anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah di sini, semalam.

Mereka terdiri daripada 14 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang diluluskan pada tahun 2015, empat KRT yang baharu ditubuhkan pada tahun 2016 serta sembilan KRT sedia ada daripada keseluruha­n 53 KRT di Bahagian Sri Aman Aman.

Pegawai Perpaduan Bahagian Sri Aman Fikri Emir Zulkefli berkata, antara objektif kursus ialah memberi pendedahan awal kepada peserta berhubung tatacara pengurusan kewangan RT serta penghantar­an laporan RT secara berkala kepada Pejabat Perpaduan Bahagian atau Daerah.

“Ini adalah untuk memenuhi kehendak jabatan dalam membentuk organisasi RT yang mantap dari segi pengurusan mengikut peraturanp­eraturan dan prosedur yang telah ditetapkan,” ujarnya semasa ditemui semalam.

Selain itu, katanya, kursus itu memberi pendedahan dan pengetahua­n asas pengurusan RT, meningkatk­an pengetahua­n mengenai pengurusan baik dan meningkatk­an semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama.

Sementara itu, dua sesi ceramah diadakan pada kursus tersebut yang disampaika­n oleh Pegawai Unit Perhubunga­n Kejiranan JPNIN Negeri Sarawak, Abdul Rasid Mahsin dan Pegawai di Unit Keselamata­n Kejiranan JPNIN Negeri Sarawak, Nurul Faizal Mohamad.

Hadir sama dua Penolong Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman, Mohamad Firdaus Ramli dan Dunstan Angu.

Terdahulu, majlis penangguha­n kursus disempurna­kan oleh wakil Pengarah JPNIN Negeri Sarawak Abdul Rasid Mahsin.

 ??  ?? SELESAI KURSUS: Abdul Rasid (tengah, barisan kedua), Fikri (tujuh kanan, barisan kedua), Nurul (enam kanan, barisan kedua), Firdaus (kiri, barisan hadapan) dan Dunstan (dua kiri, barisan hadapan) merakamkan kenangan bersama peserta kursus.
SELESAI KURSUS: Abdul Rasid (tengah, barisan kedua), Fikri (tujuh kanan, barisan kedua), Nurul (enam kanan, barisan kedua), Firdaus (kiri, barisan hadapan) dan Dunstan (dua kiri, barisan hadapan) merakamkan kenangan bersama peserta kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia