Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Kremlin: Kasatkina melangkah bergaya

-

MOSCOW, Rusia: Pemain tuan muda tuan rumah, Daria Kasatkina, melangkah ke pusingan kedua kejohanan dengan kemenangan mudah ke atas Belinda Bencic.

Pemain berusia 19 tahun, yang berada pada ranking ke-24 yang juga pilihan kelapan kejohanan, menewaskan Bencic, 6-4 dan 6-1.

Bencic, pemain dari Switzerlan­d, memulakan perlawanan dengan memberangs­angkan tetapi Kasatkina meningkatk­an permainan dengan segera untuk memenangi set pertama dalam masa 38 minit.

Dalam set kedua, Kasatkina mengekalka­n rentak cemerlang untuk memberikan hanya satu mata kepada lawannya sebelum melangkah ke pusingan kedua kejohanan.

“Ia satu perlawanan yang sukar dan saya benar-benar gembira untuk menang,” kata Kasatkina

“Pada awalnya, saya bermain dengan agak cemas tetapi selepas ketinggala­n saya melakukan beberapa perubahan dan mula ber- main dengan agresif. Nasib baik semuanya berhasil.”

Pada perlawanan lain, pilihan kesembilan dari Hungary, Timea Babos, turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Irina-Camelia Begu dari Romania 6- 2, 6- 7( 2/ 7) dan 7-5.

“Hari ini saya cuba bermain dengan tenang, bermain dengan lebih fokus pada setiap mata dan ia berhasil,” kata Babos.

“Begu tahu kelemahan saya dan saya juga tahu kelemahann­ya tetapi pada akhir perlawanan yang sengit seperti ini, taktik tidak penting. Ia tentang cara anda mengawal debaran dan hari ini saya fikir saya mengawalny­a dengan lebih baik.”

Dalam bahagian lelaki, Thomaz Bellucci dari Brazil tidak menghadapi masalah untuk meneruskan kemaraan apabila menewaskan pemain wildcard dari Turki, Cem Ilkel 7- 5 dan 6- 1 sementara Lukas Rosol dari Republik Czech, menewaskan Gerald Melzer dari Austria 7-5 dan 6-2. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia