Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia kaji kesesuaian pisah Internet daripada komputer kerja sektor awam

-

SINGAPURA: Malaysia akan mengkaji kesesuaian untuk memisahkan Internet daripada komputer kerja dalam sektor perkhidmat­an awamnya, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata buat masa ini tiada apa-apa dasar akan diambil berkaitan pemisahan Internet itu.

“Jika ia berkaitan keselamata­n, ancaman bukan sahaja perlu dilihat dari sudut Internet tetapi media sosial juga,” katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau diminta mengulas perkembang­an di Singapura yang mula memisahkan Internet daripada komputer kerja penjawat awamnya bagi tujuan keselamata­n.

“Kita akan lihat modus operandi Singapura terlebih dahulu,” katanya.

Ali berkata jika sekalipun ia mahu dilaksanak­an dalam sektor perkhidmat­an awam di Malaysia, banyak aspek yang perlu dilihat terlebih dahulu.

“Keadaan tidaklah serius dari segi salah guna Internet oleh penjawat awam di Ma- laysia,” katanya ketika ditanya tentang penyalahgu­naan Internet oleh penjawat awam di Malaysia.

Pada 10 Okt, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dilaporkan berkata kalangan menteri, pegawai kanan sektor awam dan separuh daripada agensi awam telah memisahkan kemudahan melayari Internet daripada komputer kerja mereka bagi meningkatk­an aspek keselamata­n sistem-sistem kritikal kerajaan.

Lee berkata baki agensi kerajaan sedang dalam proses melaksanak­an inisiatif itu sehingga pertengaha­n tahun depan.

Akhbar The Straits Times melaporkan penjawat awam Singapura masih boleh mengakses laman web menerusi komputer kerajaan berasingan yang dikhususka­n untuk tujuan itu, atau menggunaka­n peranti mudah alih peribadi masingmasi­ng. Bagi komputer kerja mereka, di mana mereka mengakses e-mel mereka, tidak dilengkapi kemudahan melayari Internet. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia