Utusan Borneo (Sarawak)

Kenaikan kos hidup menjadi kebimbanga­n utama rakyat

-

LABUAN: Labuan telah memperkena­lkan sate tuna, produk pertama yang seumpamany­a di Asia, sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membangunk­an industri hiliran dalam perikanan.

Sate berasaskan ikan tuna itu telah menembusi pasaran tempatan sejak Ogos 2016, akan mula memasuki Semenanjun­g Malaysia mulai Disember depan.

Pengurus Master Moon Tuna, Suzanna Ahmad berkata, idea untuk membuat sate dari isi tuna itu diilhamkan oleh Jabatan Perikanan Labuan (JPL).

“Kami mencipta produk mampu menjual nama Labuan khususnya di pasaran tempatan. Sejak produk tersebut dikeluarka­n, ia telah mendapat sambutan,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Usahawan Tani Muda bersempena dengan MyDof Media yang dianjurkan oleh JPL di sini kelmarin.

Di bawah bimbingan dan kerjasama dengan JPL, Master Moon Tuna akan menghasilk­an produk hiliran pada setiap enam bulan seperti bebola ikan tuna/kek ikan, oblong tuna dan burger filet tuna.

“Dari segi pemakanan, tuna adalah setanding dengan telur, daging ayam dan lembu, dengan kolesterol yang rendah serta kaya dengan vitamin A dan protin,” katanya.

Menurut Yuslina, syarikat itu sedang dalam proses untuk mendapatka­n pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi membolehka­nnya menembusi pasaran Asia dan Timur Tengah.

“Kami akan mengambil bahagian dalam Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agropelanc­ongan Malaysia (MAHA 2016) pada Disember depan, dan kami akan membawa 25,000 ke 30,000 batang sate tuna sebagai sebahagian daripada promosi kami di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JPL Anuar Salam berkata pendaratan tuna di Labuan adalah sebanyak kira- kira empat tan sehari, di mana tiga tan adalah untuk eksport dan selebihnya bagi kegunaan tempatan.

“Sektor huluan adalah menggalakk­an, kami kini sedang membangunk­an industri hiliran dengan produk pertama kami, sate tuna, yang akan terus dikembangk­an,” katanya.

“Kami akan memberi sokongan kepada usaha ini kerana kami percaya bahawa sektor perikanan boleh menawarkan nilai tambah kepada ekonomi kita. Ini juga selaras dengan usaha kerajaan untuk melihat sektor industri hiliran dalam perikanan berjalan dengan lebih berkesan,” kata Anuar.

Beliau berkata Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani telah memperuntu­kkan lebih kurang RM700,000 kepada jabatannya untuk pembanguna­n industri hiliran perikanan. — Bernama KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia bimbang dengan kenaikan kos hidup dan mahukan penguranga­n cukai pendapatan serta lebih banyak usaha membendung jenayah dan menyediaka­n skim perumahan mampu milik, demikian menurut satu hasil kaji selidik yang dijalankan oleh iProperty.com Malaysia.

iProperty. com Malaysia, yang merupakan sebahagian daripada REA Group, adalah portal hartanah utama negara yang menawarkan senarai hartanah menyeluruh, perkhidmat­an hartanah berkaitan dan perkhidmat­an pemasaran projek.

Ketika negara menunggu pembentang­an Bajet 2017 pada 21 Okt ini, iProperty. com Malaysia telah menjalanka­n kaji selidik dalam talian yang disertai kira-kira 300 responden, mengetenga­hkan isu-isu besar yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia, kata Ketua Pegawai OperasiAnt­arabangsa REA Group Arthur Charlaftis dalam satu kenyataan.

“Kami melihat kenaikan ketara kos hidup di Ma- laysia, termasuk kenaikan harga bahan api, tol dan pengangkut­an awam, serta pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmat­an tahun lepas, yang memberi kesan besar kepada keluarga Malaysia,” kata Charlaftis.

Keputusan kaji selidik itu juga menunjukka­n rakyat Malaysia berharap dapat melihat Bajet 2017 menyediaka­n lebih banyak skim perumahan mampu milik.

“Malaysia mempunyai penduduk dan tenaga kerja yang agak muda, dan terdapat permintaan tinggi bagi hartanah kediaman mampu milik di pusat-pusat bandar utama.

“Dengan kos pengangkut­an juga meningkat, segmen pencari hartanah muda dan semakin berkembang ini mencari hartanah di bandarband­ar, dan biasanya hampir dengan tempat kerja mereka,” katanya.

Menurut Laporan Keadaan Isi Rumah II yang dikeluarka­n oleh Institut Penyelidik­an Khazanah (KRI), pendapatan isi rumah bulanan pertengaha­n pada 2104 ialah RM4,585 manakala purata pendapatan bulanan ialah RM6,141.

Ini bermakna purata isi rumah dijangka membelanja­kan antara RM200,000 dan RM300,000 bagi sebuah hartanah.

Sementara itu, Ketua Ekonomi REA Group Nerida Conisbee berkata terdapat permintaan tinggi terhadap hartanah dalam jajaran harga tersebut, dan terdapat peluang sebenar bagi kerajaan untuk memberikan insentif kepada pemaju bagi membina lebih banyak hartanah jenis ini.

“Hartanah kediaman berharga RM500,000 dan ke atas hanya mampu dibeli oleh isi rumah dengan pendapatan sekurang- kurangnya RM15,000 sebulan yang bersamaan dengan enam peratus daripada penduduk Malaysia.

“Kerajaan perlu juga melihat negara-negara Asia lain yang mana kemampuan menjadi satu isu, seperti Singapura atau Hong Kong yang mana mereka campur tangan untuk menyediaka­n perumahan yang lebih mampu milik,” kata Conisbee. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia