Utusan Borneo (Sarawak)

BNM keluarkan butiran terperinci rangka kerja Sandbox fintech

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia ( BNM) semalam mengeluark­an butiran terperinci Rangka Kerja Sandbox Kawal Selia Teknologi Kewangan (fintech).

Ia susulan perundinga­n sebulan mengenai cadangan rangka kerja tersebut yang dikeluarka­n pada 29 Julai, 2016.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan berkata Sandbox kawal selia itu akan membolehka­n uji kaji penyelesai­an fintech dalam persekitar­an “secara langsung”, tertakluk kepada perlindung­an yang sesuai dan keperluan kawal selia.

BNM berkata ia menerima lebih 60 komen dan cadangan daripada pelbagai pemegang kepentinga­n termasuk institusi kewangan, syarikat fintech, persatuan dan korporat lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia