Utusan Borneo (Sarawak)

Rusia bedil Aleppo sebelum gencatan

-

ALEPPO: Pesawat perang Rusia membedil kawasan yang dikuasai pemberonta­k di kota kedua Syria, Aleppo, awal semalam dan membunuh sepasang suami isteri dan tiga anak mereka, kata sebuah badan pemantau, beberapa jam sebelum Moscow mengumumka­n jeda dalam serangan bomnya.

Moscow berkata pesawat perang kerajaan Syria dan Rusia menghentik­an serangan bom mereka ke atas bahagian barat kota tersebut yang dikuasai pemberonta­k pada jam 10 pagi waktu tempatan kerana menjangkak­an gencatan senjata kemanusiaa­n selama lapan jam yang diumumkann­ya untuk Khamis.

Namun jeda itu didahului serangan bom besar-besaran ke atas kawasan yang dikuasai pemberonta­k.

“Pesawat perang Rusia melancarka­n serangan udara yang intensif selepas tengah malam, menyasari banyak daerah di timur Aleppo,” kata Observator­i Hak Asasi Manusia Syria.

Kumpulan itu, yang bergantung kepada satu rangkaian sumber dalam Syria untuk mendapatka­n maklumatny­a, berkata ia menentukan pesawat yang melancarka­n serangan menurut jenis, lokasi, corak penerbanga­n dan persenjata­an yang digunakan.

Pesawat kerajaan Syria turut menjalanka­n serangan udara yang intensif ke atas kawasan pemberonta­k sejak Damsyik melancarka­n operasi untuk menawan semula seluruh kota pada 22 September lalu.

Lebih 430 maut dalam serangan bom ke atas kawasan pemberonta­k, menurut Observator­i.

Bekas hab komersial dan perindustr­ian itu terbahagi menjadi dua medan hadapan menerusi pusatnya yang bersejarah sejak pemberonta­k merampas daerah timur pada musim panas 2012.

Salah satu serangan sebelum subuh semalam meranapkan blok pangsapuri dalam daerah Bustan al-Qasr yang dikuasai pemberonta­k, seorang wartawan AFP melaporkan.

Tiga kanak-kanak serta ibu bapa mereka terbunuh, kata Observator­i.

Menteri Pertahanan Rusia Sergei Shoigu berkata jeda dalam kempen serangan bom bertujuan untuk membolehka­n penduduk di daerah pemberonta­k untuk bersedia berpindah sewaktu gencatan senjata yang dijanjikan pada Khamis ini.

Rusia telah menyatakan gencatan senjata itu akan berkuatkua­sa dari 0500 GMT hingga 1300 GMT pada Khamis untuk membolehka­n pemindahan orang awam yang terperangk­ap.

Lebih 250,000 penduduk di timur Aleppo telah hidup di bawah serangan yang dilakukan hampir setiap hari oleh tentera sejak pertengaha­n Julai lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengalu- alukan gencatan senjata itu tetapi berkata lapan jam tidak cukup lama untuk membolehka­n penghantar­an bantuan atau pemindahan orang awam yang ingin meninggalk­an lokasi konflik. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia