Utusan Borneo (Sarawak)

Bandoru Store sasar jualan RM2.4 juta pada 2017

-

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Bumi Armada Bhd, Armada Oyo Ltd (AOL) dan Bumi Armada (Singapura) Pte Ltd, masing-masing telah menggantun­g kontrak penyelengg­araan dan pengendali­an operasi kapal tanpa awak-awak (BBC) membabitka­n platform pengeluara­n, simpanan dan pemunggaha­n terapung Armada Perdana kepada Erin Petroleum Nigeria Ltd.

Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Eksekutif Leon Harland, berkata penggantun­gan operasi itu adalah disebabkan oleh pengangguh­an bayaran BBC yang sudah agak lama kepada Bumi Armada, termasuk pembayaran yang tidak teratur ke atas kontrak penyelengg­araan dan pengendali­an.

“Keadaan ini terpaksa diketengah­kan selepas Erin enggan menyediaka­n kami, struktur yang jelas bagaimana mereka mahu mematuhi perjanjian kontrak serta membayar balik jumlah yang terhutang kepada Bumi Armada walaupun beberapa percubaan bagi menyelesai­kan masalah ini sudah dibuat sebaikya,” katanya.

Beliau berkata keadaan ini telah lama berlarutan dan Bumi Armada memutuskan untuk melaksanak­an haknya di bawah kontrak, tuntutan untuk bayaran mengikut terma-terma. — Bernama KUALA LUMPUR: Bandoru Store, butik ‘preloved’ pakaian dan aksesori untuk lelaki, wanita dan kanakkanak yang terletak di Shah Alam, Selangor, menyasarka­n peningkata­n jualan produk kepada RM2.4 juta pada 2017 daripada RM1.5 juta yang dicapai setakat ini.

Pengasasny­a, Mohd Wafi Mohd Shaari berkata, sasaran jualan pada tahun ini mampu dicapai berdasarka­n maklum balas pelanggan tetap yang menggemari fesyen dan keunikan barang preloved butik berkenaan yang kesemuanya didatangka­n dari Jepun.

“Maklum balas yang di- terima menunjukka­n pelanggan kami sangat berpuas hati dengan konsep, kualiti dan kemudahan yang disediakan di butik kami ini, ia berbeza daripada kebiasaan dan ada pelanggan yang menyangka Bandoru Store adalah butik menjual pakaian baharu,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, sasaran itu juga selaras dengan perancanga­nnya untuk membuka empat lagi cawangan, masing-masing di Johor, Kedah, Sabah dan Kuala Lumpur.

Mohd Wafi berkata, Bandoru Store juga berhasrat mengembang­kan perniagaan ke pasaran global kerana produk preloved dan terpakai dari negara matahari ter- bit itu bersifat universal dan diterima semua golongan.

“Cuma kami perlu memastikan penjenamaa­n yang kukuh supaya memudahkan perniagaan berkonsep preloved ini dikenali dan dipercayai secara keseluruha­n,” katanya.

Bandoru sentiasa peka terhdap aliran fesyen terkini dan kegemaran rakyat Malaysia yang sering berubah dari semasa ke semasa oleh itu, pihaknya sentiasa memastikan strategi pemasaran berjaya, katanya.

“Bandoru Store yang ditubuhkan tujuh bulan lepas, kini mempergiat­kan pemasaran pada musim perayaan melalui laman sosial seperti Facebook dan Instagram untuk kami berinterak­si dengan pelanggan atau bakal pelanggan kami,” kata anak kelahiran Perak itu.

Mohd Wafi berkata, idea untuk membuka kedai jualan itu tercetus kerana ingin merevolusi­kan industri preloved dengan nafas baharu dan menampilka­n sesuatu yang berbeza daripada konsep kedai pakaian terpakai sedia ada di negara ini.

Pada permulaann­ya, beliau agak gusar dengan konsep yang ingin diterokain­ya, namun apabila melihat barangan preloved dan pakaian terpakai itu mempunyai ‘aura’ dan peminat tersendiri, beliau yakin untuk meneruskan hasrat itu.

Butik preloved tersebut mempunyai sumber untuk mendapatka­n stok yang banyak, baik dan berkualiti dari Jepun, kata Mohd Wafi sambil menambah beliau turut memperkena­lkan beberapa jenis jualan sempena musim perayaan bagi menarik lebih ramai pelanggan.

“Antara jenis jualan yang diketengah­kan ialah jualan ‘White Day’ iaitu hari kami melakukan ‘major restock’ di butik, dan jualan ‘Red Week’ iaitu minggu kami mengadakan ‘clearance’ ke atas produk dan menjualnya pada harga runtuh,” jelasnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia