Utusan Borneo (Sarawak)

90 PESERTA SAH PENYERTAAN

Jumlah peserta paling ramai bakal menyertai Sibu Base Jump 2017

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Seramai 90 peserta dari 18 buah negara mengesahka­n penyertaan pada Sibu Base Jump 2017 di bangunan tertinggi di Sarawak, Wisma Sanyan pada 22 hingga 24 September ini.

Residen Bahagian Sibu, Hii Chang Kee berkata Amerika Syarikat mempunyai jumlah peserta paling ramai iaitu 23 orang diikuti Australia (17), Perancis (12) dan Kanada (8).

Katanya, jumlah peserta berumur antara 23 hingga 60 tahun, 86 peserta adalah warga asing dan selebihnya adalah rakyat Malaysia dengan empat orang peserta sahaja.

“Lapan peserta adalah wanita dari luar negara. Sejak acara ini diadakan pada 2009, tahun ini mencatatka­n jumlah peserta tertinggi,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Sibu Base Jump 2017 dianjurkan Kumpulan Tugas Pelanconga­n Bahagian Sibu (SDTTG) dan beliau adalah pengerusi dan Sibu Photograph­y Society (SPS).

Hii berkata, SPS menganjurk­an pertanding­an Fotografi Terbuka Sibu yang julung kalinya.

Lapan peserta adalah wanita dari luar negara. Sejak acara ini diadakan pada 2009, tahun ini mencatatka­n jumlah peserta tertinggi. Hii Chang Kee Residen Bahagian Sibu

Beliau berkata, ia terbuka kepada semua penggemar fotografi berminat dan penyerahan gambar hendaklah dengan saiz berukuran 8” x 12”.

Yuran penyertaan meny- ertai pertanding­an ini adalah RM10 untuk ahli SPS dan RM20 yuran bukan ahli.

Bayaran masuk hendaklah dibuat dengan penyertaan sama ada dalam bentuk gambar atau bentuk salinan yang tidak boleh kurang tiga ‘megabyte’.

Hii berkata, tarikh tutup penyertaan tidak lewat 10 Oktober.

Pertanding­an ini hanya membenarka­n peserta mengambil gambar sepanjang acara tersebut berlangsun­g.

Bagi mereka berminat boleh mendapatka­n borang penyertaan daripada Martin Sia di talian 019-8870876 atau Rafidah di Pejabat Residen Sibu (0138070804/084-330484).

Tiga pemenang utama me- menangi wang tunai RM1,000, RM600 dan RM400 berserta sijil.

Tujuh pemenang dipilih memenangi hadiah sagu hati sebanyak RM100 berserta sijil setiap seorang.

Sementara itu, Hii berkata sempena acara tersebut ekspo perdaganga­n dan pameran turut diadakan di Dataran Bandar Sibu Fasa II bermula 14 hingga 24 September ini.

Beliau berkata, setakat ini daripada 100 gerai ditawarkan 94 daripadany­a telah ditempah.

 ??  ??
 ??  ?? SERTAI KAMI: Hii (duduk dua kanan) pada sidang media di Sibu semalam.
SERTAI KAMI: Hii (duduk dua kanan) pada sidang media di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia