Utusan Borneo (Sarawak)

Roswan memohon jejaki isteri tidak pulang

-

SIBU: Seorang lelaki memohon jasa baik orang ramai membantu mengesan isterinya yang tidak pulang ke rumah sejak 8 September lalu.

Roswan Daud dalam laporan polis memberitah­u bahawa isterinya yang dikenali Slyvia Gindi berusia 19 tahun.

Katanya pada jam 4.30 petang dia diberitahu oleh adiknya bahawa Slyvia keluar ke pasar.

Sejak itu, Slyvia tidak pulang ke rumah mereka di Rantau Panjang dan usaha menghubung­inya menerusi telefon bimbit juga gagal.

Justeru, orang ramai mengetahui kedudukan Slyvia diminta menghubung­i polis di mana- mana balai polis terdekat.

Orang ramai juga boleh menghubung­i Roswan di talian 011-51274756.

 ??  ?? HILANG: Slyvia Gindi
HILANG: Slyvia Gindi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia