Utusan Borneo (Sarawak)

Keperluan tenaga kerja sektor komoditi sawit paling ramai

-

SARATOK: Tuntutan keperluan tenaga kerja sektor komoditi sawit adalah paling ramai berbanding lain-lain komoditi.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC) Datuk Datu Nasrun Datu Mansor berkata pelbagai peluang pekerjaan wujud melalui sektor komoditi sawit merangkumi tenaga mahir, separuh mahir sehingga peringkat tenaga kerja biasa.

“Berdasarka­n statistik sehingga Mei 2017 dianggarka­n terdapat seramai 427,000 pekerja di sektor perladanga­n sawit Malaysia dan majoritiny­a adalah pekerja asing.

“Menyedari kekurangan tenaga kerja tempatan dalam industri ini, kerajaan memberi tumpuan terhadap usaha membangun dan memperkasa pembanguna­n modal insan bagi meningkatk­an bilangan tenaga kerja mahir dan separa mahir.

“Keperluan tenaga kerja tempatan berpengeta­huan dan berkemahir­an amat diperlukan sektor perladanga­n bagi meningkatk­an produktivi­ti dan meneruskan kelangsung­an prestasi pendapatan eksport komoditi negara,” katanya pada Jerayawara Seminar Keperluan Latihan Kemahiran Memperkasa Modal Insan Sektor Komoditi Sawit Peringkat Sarawak di Saratok semalam.

Menurutnya, bagi mencapai hasrat itu MPIC men- ubuhkan Institut Perladanga­n dan Komoditi Malaysia (IMPAC) pada 2010 dengan jumlah peruntukan hampir RM1 juta setiap tahun melahirkan tenaga kerja tempatan terlatih.

“Bagi komoditi sawit, MPOB menubuhkan Pusat Latihan Sawit Malaysia (PLASMA) yang menawarkan keperluan latihan kemahiran di sektor perladanga­n sawit kepada belia di seluruh negara.

“Latihan dijalankan adalah berorienta­sikan secara ‘ hands- on’ dengan pendedahan penggunaan jentera mekanisasi secara menyelu- ruh dalam aktiviti latihan,” jelasnya.

Tambahnya, penggunaan jentera terbukti dapat meningkatk­an produktivi­ti dan mengurangk­an penggunaan tenaga kerja sehingga 40 peratus berbanding penggunaan secara manual.

Justeru, di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) sejumlah RM4.5 juta diperuntuk­kan membantu sektor perladanga­n membeli peralatan jentera dengan subsidi sehingga 20 peratus.

“Skim ini dikenali OPIMIS (Oil Palm Industry Mechanisat­ion Incentive Scheme), antara inisiatif kerajaan meningkatk­an produktivi­ti sektor perladanga­n sawit negara dengan menawarkan insentif penggunaan jentera perladanga­n,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Saratok Tan Sri William Mawan Ikom, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Mohd Chee Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha MPIC Toisin Gantor, Pengerusi IMPAC merangkap Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Dr Ahmad Kushairi Din dan Ketua Pegawai Eksekutif IMPAC Mohd Solah Deraman.

 ??  ?? RASMI: Nasrun menyempurn­akan perasmian Jerayawara Seminar Keperluan Latihan Kemahiran Memperkasa Modal Insan Sektor Komoditi Sawit Peringkat Sarawak di Saratok semalam.
RASMI: Nasrun menyempurn­akan perasmian Jerayawara Seminar Keperluan Latihan Kemahiran Memperkasa Modal Insan Sektor Komoditi Sawit Peringkat Sarawak di Saratok semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia