Utusan Borneo (Sarawak)

Sasar pengeluara­n ikan akuakultur Pahang RM270j

Ternakan di Temerloh antara yang paling berjaya, terbesar

-

TEMERLOH: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani menyasar pengeluara­n ikan akuakultur Pahang melebihi RM270 juta tahun ini khusus dari Temerloh yang sinonim dengan ternakan Patin sangkar.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata sehingga kini lebih 14,000 tan metrik ikan pelbagai spesies termasuk Patin dan Tilapia diperoleh dari Temerloh yang mempunyai 2,018 unit sangkar yang diusahakan oleh 283 pengusaha.

Beliau berkata, pendaratan ikan sungai juga menyumbang kepada data pendaratan ikan bernilai RM2.2 juta iaitu kira-kira 560 tan metrik dan daripada jumlah itu Temerloh menyumbang lebih RM60,000 atau 12.5 tan metrik setakat Julai lalu.

“Ternakan ikan sangkar di Temerloh yang dimajukan sejak 2008 adalah antara yang paling berjaya dan terbesar di Malaysia sehingga menjadi rujukan daerah itu. Kita mahu supaya bilangan ikan patin Temerloh ditingkatk­an kepada 20,000 tan metrik menjelang 2020,” katanya kepada media.

Beliau menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Penyampaia­n Bantuan Touch Point kepada nelayan Temerloh semalam yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n dan Kebudayaan Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Tajuddin mencabar nelayan dan penternak ikan sangkar di Temerloh untuk berani maju dengan menyertai bidang agropelanc­ongan supaya mereka tidak terus berada di takuk lama dan bergantung kepada jualan ikan sematamata.

Beliau berkata Temerloh sudah dikenali pelancong dan menjadi laluan ke beberapa pusat pelanconga­n lain menyebabka­n daerah ini menjadi destinasi persingga-

Sudah sampai masanya kena fikir bagaimana mahu majukan ternakan ikan seperti jual di kota besar. Jangan beri alasan Kuala Lumpur jauh kerana saya lihat, bila nak tengok bola, boleh pula mencari kereta untuk ke sana. Ini semua mentaliti yang perlu diubah. Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

han popular kepada anggota kelab kereta dan peminat motosikal berkuasa tinggi.

“Nelayan kena berani manfaatkan peluang yang ada. Pelancong memerlukan tempat penginapan dan tempat untuk menjamu selera selain pengusaha khususnya anak muda boleh berfkir untuk membawa pelancong menaiki bot menyusuri sungai.

“Tapi perkara begini kena dilakukan dengan baik dan teratur supaya mereka boleh datang semula. Kena ada fikiran seperti seorang usahawan, jangan hanya fikir dan ternak ikan dan kemudian jual. Jual pula hanya di sini dengan harga runcit.

“Sudah sampai masanya kena fikir bagaimana mahu majukan ternakan ikan seperti jual di kota besar. Jangan beri alasan Kuala Lumpur jauh kerana saya lihat, bila nak tengok bola, boleh pula mencari kereta untuk ke sana. Ini semua mentaliti yang perlu diubah,” katanya.

Tajuddin menambah kementeria­nnya juga akan berbincang dengan kementeria­n terlibat untuk mengadakan pertanding­an memancing ikan sungai di daerah ini pada peringkat antarabang­sa sebagai langkah mempromosi­kan Temerloh dan ikan sungainya.

Pada majlis itu beliau menyampaik­anbantuanm­akanan ikan kepada 125 penternak berjumlah RM187,000 dan bantuan khas El Nino berjumlah RM47,000 kepada 94 pengusaha yang terjejas dengan bencana itu sebelum ini.

Beliau juga mengumumka­n bantuan dua ‘ bucket rail’ bagi pengendali­an hasil dan input ternakan berjumlah RM360,000 serta pembinaan bilik sejuk untuk kegunaan pemasaran ikan air tawar kepada penternak bernilai RM200,000.

“Kementeria­n juga akan membangunk­an kemudahan nurseri ikan baharu dengan kos sekitar RM150,000 dan menambah baik kemudahan nurseri sedia ada di Kampung Pangsenam yang dianggarka­n berjumlah RM28,000.

“Dengan begitu banyak kemudahan dan bantuan yang diberikan, tiada alasan untuk nelayan tidak boleh maju kerana apa yang penting adalah kesediaan untuk kita berusaha dan bercita-cita tinggi supaya industri ikan kita setanding dengan negara lain,” kata Tajuddin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Tajuddin (lima kanan) beramah mesra dengan penerima sumbangan pada majlis Ramah Mesra Bersama Penternak dan Nelayan Sungai Temerloh di Temerloh semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Tajuddin (lima kanan) beramah mesra dengan penerima sumbangan pada majlis Ramah Mesra Bersama Penternak dan Nelayan Sungai Temerloh di Temerloh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia