Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad bola sepak mahu pertahan emas

-

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak lima sebelah negara optimis mampu mempertaha­n pingat emas Sukan Para ASEAN Singapura yang diraih dua tahun lepas, pada penganjura­n kali kesembilan di Kuala Lumpur.

Pengurus pasukan, Mej Azhari Abdullah berkata pasukannya itu sudah bersedia untuk menghadapi saingan daripada tiga pasukan Asia Tenggara lain iaitu Laos, Vietnam dan Singapura.

“Kami semua berlatih di padang Universiti Putra Malaysia (UPM). Bagi saya pasukan ini sudah berlatih dengan sebaik mungkin tapi kita masih tidak boleh pandang rendah terhadap pasukan lain sebab lain negara lain cara latihan mereka.

“Mereka cepat belajar jadi kita kena hati-hati. Hormat pihak lawan, jangan ambil mudah dengan sainan yang bakal mereka berikan. Walaupun kita kerap beraksi menentang Thailand, masing-masing sudah tahu cara bermain tapi kita masih perlu bermain dengan kemas dan berhati-hati,” katanya semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia