Utusan Borneo (Sarawak)

Pengesanan awal kanser usus penting bagi rawatan dan nasihat kesihatan

-

SANDAKAN: Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata, pengesanan awal kanser usus amat penting dalam memastikan seseorang itu mampu mendapatka­n rawatan atau nasihat kesihatan dari awal sekali gus mengelak gangguan kepada kualiti kehidupan seharian.

Menurut beliau, statistik bagi golongan lelaki menunjukka­n hampir 80 peratus daripada mereka yang berusia 50 tahun ke atas berisiko mendapat kanser usus sekali gus menjadikan ia sebagai kanser utama dalam kalangan lelaki manakala kedua kalangan wanita.

Jelasnya, dari segi kos rawatan, statistik tujuh tahun lalu menunjukka­n kos rawatan RM12 ribu diperlukan bagi peringkat pertama kanser itu, manakala RM30 ribu bagi peringkat keempat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Kesedaran Kanser Usus Besar anjuran bersama Jabatan Pembedahan Am Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan dan Persatuan Surgeri Sandakan, Sabah di Dewan SJKC Chi Hwa Sandakan pada Ahad. Hadir sama, Pengarah HDOK Sandakan Dr Francis Paul dan Ketua Jabatan Bedah Am HDOK Sandakan Dr Lai Chung Ket.

Kanser lolorektal adalah ketumbuhan malingnan yang terdapat di usus besar dan ia boleh berlaku di sel-sel dinding usus besar atau rektum (pangkal usus besar). Kanser itu terjadi secara berperingk­at sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain. Ia boleh terjadi kepada mereka yang berisiko tinggi khususnya kepada seseorang yang mempunyai polip di bahagian usus.

Kekerapan kanser itu adalah satu kanser yang kerap berlaku di Malaysia dengan anggaran sebanyak 4,500 kes baharu yang berlaku setiap tahun. Bagaimanap­un, ia boleh dirawat jika dikesan awal tetapi ekoran kurangnya kesedaran, hanya 10 peratus kes dapat dikesan di Malaysia.

Dalam pada itu, Christina menghargai dan memuji usaha Jabatan Bedah Am HDOK Sandakan yang menganjurk­an kempen kesedaran kanser usus itu di Klinik Kesihatan Tongod, Hospital Kinabatang­an dan Telupid serta Beluran, yang berjaya mengesan beberapa kes kanser usus dan berkaitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia