Utusan Borneo (Sarawak)

Bas terbalik, 25 maut, 57 cedera

-

KIKWIT: Seramai 25 orang telah terkorban dan 57 orang lagi tercedera kelmarin ketika sebuah bas terbalik di tenggara Republik Demokratik Kongo, menurut kepada satu angka rasmi.

Kemalangan di Jalan Nasional Nombor 1 menyebabka­n 25 kematian dan 57 kecederaan serius, menurut angka rasmi yang telah diumumkan di televisyen awam.

Leonard Mutangu, datuk bandar bagi pekan Kikwit, memberitah­u AFP sebelum itu bahawa terdapat 13 kematian dan 64 kecederaan dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dari sebuah syarikat Kongo menuju dari Kikwit ke Kinshasa.

Seorang koresponde­n AFP yang tiba di tempat kejadian sejurus selepas nahas menyatakan terdapat mayat di jalan raya dan orang lain masih terperangk­ap di dalam kenderaan.

Beberapa orang yang tercedera telah terbaring di jalan raya, sebahagian dari mereka masih mengalami pendarahan teruk.

Mangsa yang tercedera telah dipindahka­n ke sebuah hospital awam di Kikwit, sebuah pekan besar terletak kira-kira 20 kilometer dari insiden tersebut.

“Kami telah dikejutkan dengan jumlah mangsa yang tercedera, terutama ketika farmasi mengalami kehabisan ubat-ubatan. Menguruska­n kesan akibat kemalangan ini adalah sukar,” menurut Guy Kilundu, seorang doktor di hospital Kikwit.

“Kelajuan keterlalua­n” dan “mabuk” bagi pihak pemandu, yang memandu dalam kejadian, adalah kemungkina­n menjadi punca kemalangan, menurut kepada mangsa terselamat ditemubual oleh AFP.

Pada Jumaat lepas, 11 terbunuh apabila trak sarat muatan terbalik di sebatang jalan raya di Kasai, tengah negara. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia