Utusan Borneo (Sarawak)

TIGA KORBAN NAHAS

Seorang lagi parah dalam kemalangan antara 4WD dan lori kargo di Jalan Bintulu-Tatau-Sibu.

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Tiga lelaki terbunuh dan seorang cedera parah selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori kargo di lokasi satu kilometer selepas simpang Jalan Samarakan, berhampira­n Jambatan Sebemban, Jalan Bintulu-Tatau-Sibu di sini, pagi semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak DSP Bingkok John berkata, tiga mangsa yang maut ialah pemandu dikenali sebagai Kong Tze Hua, 57, lelaki tempatan beralamat di Sungai Durin, Sibu dan dua warganegar­a China, Hao Ping, 44, dari Sichuan dan Zhao Shuguang, 51, dari Jilin.

Katanya, seorang lagi penumpang, Tang Dingping, 43, juga warganegar­a China dari Sichuan, parah akibat kecederaan di bahagian dada, kaki dan tangan kanan.

Jelas Bingkok, kesemua warganegar­a China itu merupakan pekerja syarikat XD Power Transmisio­n (M) Sdn Bhd.

“Manakala, pemandu dan kelindan lori kargo warga tempatan masingmasi­ng berumur 44 dan 24 tahun terselamat dalam kejadian itu,” ujarnya di sini semalam.

Beliau berkata, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 dan tangkapan telah dibuat ke atas pemandu lori tersebut.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Bintulu Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) Di-Hata Gobel berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu menerima panggilan kecemasan pada jam 7.45 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian jaraknya 30 kilometer bersama sebuah jentera Scania dan EMRS dengan kekuatan 10 anggota diketuai PB Ismail.

Ujarnya, setibanya di lokasi, pihaknya menggunaka­n kaedah dan peralatan memotong bahagian bumbung kenderaan 4WD sekali gus berjaya mengeluark­an kesemua mangsa yang terperangk­ap.

“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang mangsa yang terselamat namun cedera parah dihantar dengan ambulans ke Hospital Bintulu untuk mendapatka­n rawatan.

“Pemandu lori dan kelindan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya sambil menambah, semasa kejadian lori kargo terbabit menghala ke Bintulu dari Sibu dan 4WD dari arah bertentang­an.

 ??  ?? MENYELAMAT: Anggota bomba berusaha menyelamat dan mengeluar mangsa terperangk­ap dalam kenderaan. BANTUAN SEGERA:Anggota bomba dan paramedik mengusung mangsa ke atas menuju jalan besar. PERIKSA: Anggota paramedik memeriksa keadaan mangsa kemalangan.
MENYELAMAT: Anggota bomba berusaha menyelamat dan mengeluar mangsa terperangk­ap dalam kenderaan. BANTUAN SEGERA:Anggota bomba dan paramedik mengusung mangsa ke atas menuju jalan besar. PERIKSA: Anggota paramedik memeriksa keadaan mangsa kemalangan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia