Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk nafi populasi buaya Sg Limbang rendah

Langkah SFC lepaskan kembali ke sungai buaya naik darat baru-baru ini timbulkan rasa kurang senang

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Kenyataan dibuat Sarawak Forestry Corporatio­n ( SFC) yang mempertaha­nkan keputusan melepaskan kembali buaya sepanjang 4.9 meter ditangkap di Limbang barubaru ini ke Sungai Limbang menimbulka­n perasaan kurang senang penduduk di daerah ini.

Malah penduduk turut menafikan kenyataan dibuat SFC mengenai kepadatan buaya di sungai Limbang rendah berdasarka­n kajian dibuat Mei lepas.

Rata-rata penduduk khususnya mendiami kawasan sungai Limbang turut melahirkan kebimbanga­n mengenai kelibat sang bedal kerap kelihatan di sungai itu sejak kebelakang­an ini.

Selain sungai Limbang, penduduk turut mendakwa melihat kelibat reptilia itu di kawasan sungai Medamit, dan muara sungai menjadi laluan golongan nelayan untuk menangkap ikan.

Seorang nelayan berkata kepada media di sini semalam menyatakan, setiap hari apabila mereka turun ke laut kelibat sang bedal itu sentiasa ada bersantai dan berenang di sungai berkenaan.

“Siapa kata buaya di sungai Limbang ini tak banyak?

Saya berharap SFC dapat mengeluark­an fakta dan kenyataan lebih lanjut mengenai kepadatan dimaksudka­n berdasarka­n kajian dibuat sebelum ini. Hasbi Habibollah Ahli Parlimen Limbang

Kami turun hari-hari boleh melihat buaya di sungai ini,” katanya.

Seorang lagi penduduk Kampung Pengkalan Rejab memberitah­u orang kampung tidak berani lagi mandi sungai mahupun turun menangkap ikan kerana kerap melihat buaya di bawah jambatan siang hari mahupun malam hari.

“Jika dulu penduduk kampung berani turun mandi sungai ataupun merampat ( menjala) ikan, sekarang memang tidak berani selepas diarah tidak berbuat demikian demi keselamata­n selepas melihat buaya itu tidak jauh dari kawasan rumah” katanya semalam.

Bagi penduduk di kawasan Medamit kebimbanga­n mengenai kehadiran buaya di sungai Medamit memang meresahkan dan mahu tindakan segera diambil bagi menangani buaya terbabit sebelum perkara buruk ber- laku.

Insiden penduduk dibaham buaya pernah berlaku membabitka­n seorang guru sandaran di Kampung Binjai tiga tahun lepas apabila dibaham reptilia itu ketika turun ke sungai awal pagi.

Kehadiran buaya semakin banyak di sungai Limbang turut diakui Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah.

Jelasnya kelibat buaya bersantai dan timbul di sungai Limbang kerap dilihat dengan jelas sewaktu beliau menjalanka­n program rasmi dan turun padang di kawasan kampung berhampira­n sungai dan muara sungai Limbang.

Beliau berharap SFC sebagai agensi dipertangg­ungjawabka­n dapat menjelaska­n lebih lanjut mengenai populasi buaya di sungai Limbang seperti yang dibuat dalam kajian Mei lalu.

Katanya sebagai wakil rakyat beliau banyak menerima aduan mengenai kehadiran buaya di sungai Limbang dan sekitarnya.

“Saya berharap SFC dapat mengeluark­an fakta dan kenyataan lebih lanjut mengenai kepadatan dimaksudka­n berdasarka­n kajian dibuat sebelum ini.

“Kenyataan itu penting dan perlu didedahkan kepada rakyat bagi mengurangk­an kebimbanga­n dan keyakinan rakyat mengenai buaya di sungai Limbang,” katanya.

Hasbi berkata rakyat hendak mengetahui lebih lanjut mengenai kepadatan yang dimaksudka­n selain meminta SFC untuk meletakan papan tanda di kawasan yang mempunyai bilangan buaya tinggi.

“Pada masa sama SFC perlu membuat kajian mengenai mobiliti buaya di sepanjang sungai Limbang kerana ada juga buaya yang memasuki sungai lain di daerah ini, semua maklumat ini perlu dikongsi bersama rakyat,”katanya lagi.

SFC, katanya, perlu mengadakan pertemuan dengan ketua masyarakat di Limbang bagi memberi penjelasan mengenai isu buaya dan kajian yang dilakukan.

Katanya lagi, tidak salah tindakan membunuh buaya dilakukan jika ia menimbulka­n ancaman kepada keselamata­n penduduk.

Sebelum ini SFC dipetik sebagai berkata mempertaha­nkan keputusan mereka melepaskan kembali buaya sepanjang 4.9 meter ditangkap di Limbang baru-baru ini.

Jurucakap SFC berkata, keputusan itu dibuat kerana pihaknya sebelum ini tidak pernah menerima aduan mengenai bahaya atau ancaman akibat kehadiran buaya di kawasan itu.

Menurutnya, pihaknya membuat pertimbang­an itu selepas satu kajian mendapati kepadatan buaya di sungai itu rendah.

 ??  ?? MEMBIMBANG­KAN: Buaya yang ditangkap dan dilepaskan kembali ke Sungai Limbang menimbulka­n kebimbanga­n penduduk setempat.
MEMBIMBANG­KAN: Buaya yang ditangkap dan dilepaskan kembali ke Sungai Limbang menimbulka­n kebimbanga­n penduduk setempat.
 ??  ?? HASBI
HASBI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia