Utusan Borneo (Sarawak)

S’wak teliti pendekatan China dalam membangun ekonomi digital

-

KUCHING: Sarawak sedang meneliti pendekatan yang digunakan China dalam membangunk­an ekonomi digital termasuk berkaitan e-perdaganga­n.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh berkata, China amat maju serta canggih dari segi ekonomi digital termasuk dalam urusan perdaganga­n.

Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua sebelum ini mengetuai delegasi lawatan ke Beijing, China untuk meneliti fakta serta pendekatan ekonomi digital pada 4 hingga 8 September lepas.

“Kita mengadakan dialog bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan di China, yang juga telah membentuk persatuan ekonomi digital tersendiri.

“Dengan sesi dialog itu kita berharap dapat belajar daripada mereka, kerana mereka sangat maju dan canggih dalam perkara berkenaan bahkan China negara teratas di dunia dari segi ekonomi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaik­an geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada persatuan dan pertubuhan di pejabatnya di sini, semalam.

Di Beijing khasnya kata Wong, di mana-mana segala urusan perdaganga­n mereka adalah tanpa wang dan hanya menggunaka­n telefon pintar untuk pembayaran.

“Apa yang penting adalah kita mahu meneliti bagaimana mereka beroperasi, melihat undang-undang dan peraturan selain dari segi perundanga­n dalam perkara berkenaan,” katanya.

Menurut beliau ia selaras dengan usaha kerajaan negeri menubuhkan Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA), di mana rang undang-undang berkaitan ordinan perkara berkenaan dijangka dibentang oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) November depan.

“SMA akan merangkumi semua bidang di bawah ekonomi digital termasuk eperdagang­an dan sebagainya selain pengurusan serta undang- undang ditadbir dengan teratur dalam semua aktiviti berkaitan,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia