Utusan Borneo (Sarawak)

Wujud talian khas bantu mangsa rogol, sumbang mahram tangani trauma

-

KUCHING: Kerajaan disaran mewujudkan Talian Khidmat Khas Lindungan Kanak- Kanak dan Pusat Kesihatan Mental bagi membantu mangsa rogol dan sumbang mahram menangani kesan dan trauma daripada jenayah yang amat kejam tersebut.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen, Dr Kelvin Yii berkata sementara pergi ke balai polis untuk membuat laporan merupakan langkah paling penting, namun ia memerlukan keberanian dan langkah besar khususnya bagi kalangan mangsa.

Justeru, bagi memudahkan lagi orang ramai khususnya di kalangan mangsa melaporkan kes- kes sedemikian, kerajaan khususnya Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak perlu mempertimb­angkan kedua-dua cadangan tersebut.

“Justeru, saya menyeru kementeria­n menubuhkan talian khidmat 24 jam, sama ada Talian Lindungan Penganiaya­an Kanak-Kanak di mana operator dilatih khas dan berupaya mengendali­kan aduan sedemikian sementara membuat keputusan dalam melindungi kerahsiaan pengadu untuk perlindung­an mereka sendiri.

“Selain itu, saya juga mencadangk­an agar kementeria­n menubuhkan kemudahan kesihatan mental dibiayai kerajaan bagi menyediaka­n kaunseling dan psikoterap­i oleh pakar psikologi klinikal yang terlatih serta pakar psikiatri jika perlu,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin. Dr Yii berkata, jumlah kes sumbang mahram di Sarawak tahun ini meningkat kepada 15 setakat bulan ini, berbanding 13 kes sepanjang 2016.

Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkina­n masih ada kes yang tidak dilaporkan atas pelbagai sebab termasuk takut dan kurang pengetahua­n dalam cara melaporkan kes sedemikian.

Beliau turut memuji usaha Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah dalam menangani isu-isu itu serta menggalakk­an orang ramai mempunyai maklumat mengenai jenayah kejam itu melaporkan­nya di balai polis terdekat.

Kerjasama daripada masyarakat, termasuk ibu bapa katanya, sememangny­a amat diperlukan untuk mengatasi masalah itu serta mengurangk­an jumlah kes sumbang mahram di negeri ini.

Dr Yii memberitah­u, selain masalah emosi yang mungkin timbul akibat penganiaya­an itu, beberapa mangsa juga mungkin terjejas oleh kegagalan menyesuaik­an diri dengan persekitar­an, termasuk alkohol, penyalahgu­naan dadah, mencederak­an diri atau gangguan tidur dan makan.

“Saya berharap kementeria­n serta pihak-pihak berkaian dapat mengambil serius perkara ini agar tidak ada kanak-kanak perlu mengharung­i pengalaman pahit tersebut.

“Satu kes sudah cukup banyak dan ia merupakan tanggungja­wab kita sebagai komuniti untuk melindungi anak-anak kita supaya mereka membesar dengan baik dan menyumbang kepada masa depan masyarakat kita,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia