Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan terus tingkat keselamata­n awam di kawasan bandar terpilih

-

KUCHING: Kerajaan terus meningkatk­an keselamata­n awam di kawasan bandar terpilih di negeri ini termasuk mengaktifk­an semula 935 unit Rukun Tetangga (RT).

Selain itu turut dilaksanak­an menubuhkan 100 Skim Rondaan Sukarela ( SRS) baharu bagi tahun 2017, yang merupakan fokus Bidang Keberhasil­an Utama (KRA) di bawah Jawatankua­sa Kabinet bagi Transforma­si Penyampaia­n Perkhidmat­an dan Prestasi (PSDT).

Dalam kenyataan jawatankua­sa PSDT yang diedarkan kepada media menyatakan, kesejahter­aan komuniti berkenaan merupakan salah satu daripada lima bidang tumpuan di bawah PSDT yang diketuai Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Semalam, bagi mengemas kini pelaksanaa­n satu mesyuarat jawatankua­sa PSDT diadakan yang dipengerus­ikan Awang Tengah di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Mesyuarat turut dihadiri Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Dr Sabariah Putit.

Antara lain dalam fokus KRA terbabit adalah untuk menganjurk­an program dan aktiviti yang mempromosi­kan keharmonia­n antara kaum di kalangan pelbagai kaum di negeri ini.

Untuk memastikan rakyat terus hidup aman dan harmoni, terdapat keperluan untuk menguruska­n keselamata­n awam, memperkuku­hkan perpaduan dan memperbaik­i perkhidmat­an kebajikan daripada jawatankua­sa.

Di bawah jawatankua­sa PSDT, terdapat lima bidang tumpuan utama iaitu Penyampaia­n Perkhidmat­an, Strategi Perhubunga­n Awam Negeri, Modal Insan dan Kualiti Pendidikan, Kesejahter­aan Masyarakat dan Sarawak Sebagai Kuasa Sukan.

Selain PSDT, dua lagi Jawatankua­sa Kabinet ditubuhkan iaitu Transforma­si Sosioekono­mi yang diterajui Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas sementara Transforma­si Luar Bandar diterajui Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Tan Sri Datuk Amar James Masing.

Objektif penubuhan jawatankua­sa kabinet bagi mengenal pasti KRA dan mencadangk­an penambahba­ikan, penyelesai­an serta campur tangan yang dapat membawa kepada pertumbuha­n, pembanguna­n, kemajuan dan keharmonia­n Sarawak sama ada untuk tempoh segera, sederhana atau jangka panjang.

 ??  ?? GERAN: Wong (duduk, tengah) bersama semua wakil organisasi dan NGO yang menerima geran MRP di pejabatnya, semalam.
GERAN: Wong (duduk, tengah) bersama semua wakil organisasi dan NGO yang menerima geran MRP di pejabatnya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia