Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Selangor kesal wakil rakyat pembangkan­g tidak jaga kawasan

-

GEORGE TOWN: Pemuda UMNO Pulau Pinang semalam membuat laporan polis dan mahu siasatan dijalankan berhubung kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng kononnya penahanan Exco kerajaan negeri Phee Boon Poh adalah ‘penahanan haram’ oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pemudanya Rafizal Abdul Rahim berkata, kenyataan itu dilihat berniat menghasut dan jahat dan juga fitnah bertujuan memburukka­n imej serta menjatuhka­n kredibilit­i SPRM sebagai sebuah badan penyiasat bebas.

“Kami mahu polis menjalanka­n siasatan di bawah Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan kerana kenyataan Lim itu dilihat berniat jahat.

“Kenyataan itu juga dilihat berniat menghasut dengan memberi gambaran bahawa SPRM adalah satu badan yang tidak mempedulik­an undangunda­ng serta boleh menahan sesiapa sesuka hati mereka. Ini memburukka­n imej SPRM,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di sini semalam.

Pada 5 Sept lalu, SPRM dalam satu kenyataan memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap Lim yang enggan memohon maaf atas kenyataann­ya yang berunsur fitnah.

Menurut SPRM, badan itu akan mengemukak­an keputusan yang telah dibuat kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tindakan selanjutny­a mengikut peruntukan undang-undang.

Pada 25 Ogos lalu, SPRM memberi tempoh 48 jam kepada ketua menteri Pulau Pinang itu untuk memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada suruhanjay­a berkenaan atau berdepan tindakan undang- undang susulan kenyataann­ya itu.

Rafizal berkata Lim juga tidak sepatutnya mengeluark­an kenyataan sedemikian terhadap SPRM kerana suruhanjay­a itu bukan sebuah parti politik sebaliknya badan agensi penguat kuasa yang menyiasat salah guna kuasa serta rasuah. — Bernama SABAK BERNAM: Isu kebersihan, kesihatan, pembanguna­n, perumahan, tiada peluang pekerjaan, perniagaan serta cukai tanah dan cukai pintu yang tinggi, adalah antara yang menjadi keluhan utama rakyat Selangor sekarang khususnya di kawasan yang dimenangi oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lepas.

Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata dapatan yang menyaksika­n kekesalan majoriti rakyat Selangor berhubung perkara itu diperoleh hasil bancian sikap yang dijalankan oleh Wanita BN Selangor dan Pergerakan Wanita UMNO Selangor sejak PRU13.

“Ini berbeza dengan kerajaan persekutua­n dan pemimpin UMNO yang berterusan membantu rakyat di Selangor. Pembangkan­g ternyata hanya pandai bercakap di media sosial tetapi hakikatnya wakil rakyat mereka tidak jaga kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program Kembara Ibu Terbaik Bangsa PRU-14 (KITA-14) Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita UMNO Selangor Datin Paduka Norhayati Onn dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Keputusan PRU13 menyaksika­n daripada kedudukan 56 kawasan DUN di Selangor, DAP memenangi 14 kerusi, Parti Keadilan Rakyat dan PAS masing-masing 13 kerusi, BN (12) dan Parti Amanah Negara serta Bebas masing-masing dua kerusi.

Sehubungan itu, Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO yakin berdasarka­n hasil bancian sikap itu, BN mempunyai peluang besar untuk merampas kembali Selangor.

Beliau dalam pada itu berkata Wanita UMNO akan mengetenga­hkan lebih ramai calon untuk dipertimba­ngkan bertanding pada PRU14 di Selangor.

Ketika ini, terdapat dua wakil Wanita UMNO di negeri berkenaan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Hulu Bernam Datuk Rosni Sohar dan ADUN Kota Damansara Datuk Halimaton Saadiah Bohan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BINCANG: Shahrizat (kiri) bersama Jamal selepas merasmikan Program Kembara Ibu Terbaik Bangsa PRU-14 (KITA-14) Bahagian Tanjong Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam di Sekinchan semalam.
— Gambar Bernama BINCANG: Shahrizat (kiri) bersama Jamal selepas merasmikan Program Kembara Ibu Terbaik Bangsa PRU-14 (KITA-14) Bahagian Tanjong Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam di Sekinchan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia