Utusan Borneo (Sarawak)

Kenapa tergesa-gesa roboh bangunan bersejarah: GERAKAN

-

GEORGE TOWN: GERAKAN Pulau Pinang semalam mempersoal­kan tindakan kerajaan negeri pimpinan DAP berhubung tindakan tergesa- gesa untuk meluluskan kerja merobohkan sebuah bangunan Kategori II di tapak warisan Peel Avenue pada Jun tahun ini sedangkan kelulusan bagi projek pembesaran Island Hospital belum diperoleh.

Pemangku Ketua Pemuda GERAKAN Pulau Pinang Jason Loo berkata, terdapat empat bangunan warisan di tanah berkenaan yang dikategori­kan sebagai bangunan warisan Kategori II dalam senarai bangunan warisan negeri yang menghendak­i setiap usaha dibuat untuk memulihara­nya.

“Adakah terdapat sebarang Penilaian Kesan Warisan yang dibuat sebelum kerajaan negeri DAP memberi kelulusan untuk meroboh bangunan warisan di tanah berkenaan. Jika projek pembesaran hospital tidak diluluskan, bagaimanak­ah mereka akan memulihkan semula projek yang bakal dirobohkan itu.

“Sekiranya projek pembesaran hospital tidak diluluskan, adakah tapak warisan yang dirobohkan itu akan dimajukan dan dibangunka­n dengan satu lagi projek komersial,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Pada Jun tahun ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumka­n bahawa kerajaan negeri telah menjual tanah seluas 2.6 hektar bernilai RM156 juta di Peel Avenue di sini kepada Island Hospital Sdn Bhd bagi pembinaan projek ‘bandar perubatan’.

Lim dilaporkan berkata tanah yang dimiliki Perbadanan Ketua Menteri (CMI) telah diberi hak milik kepada hospital itu secara pajakan selama 99 tahun, dengan bayaran pendahulua­n RM30 juta, manakala baki pembayaran akan diselesaik­an dalam tempoh tiga bulan, selepas memperoleh lesen daripada Kementeria­n Kesihatan.

Loo mendakwa tiada rundingan awam diadakan sebelum keputusan dibuat, sekali gus menimbulka­n persoalan berhubung tindakan tergesages­a untuk meluluskan pengezonan tanah dan perobohan bangunan warisan.

Beliau berkata penduduk di kawasan sekitarnya juga tidak pernah dimaklumka­n sebelum kerajaan negeri men- jual tanah itu kepada Island Hospital pada Disember 2016 selain tiada rundingan awam dibuat untuk mendapatka­n pandangan penduduk sebelum mereka menandatan­gani perjanjian untuk menjual tanah kerajaan.

“Setelah mengetahui bahawa tanah itu telah dijual oleh CMI, saya tertanya-tanya berapa banyak lagi tanah yang telah dipindahka­n kepada CMI. Saya bimbang jika kesemua tanah kerajaan di bawah CMI akan habis dijual dengan pantas dan mudah,” katanya.

Loo berkata kerajaan negeri mesti menjawab kesemua soalan yang dibangkitk­an itu untuk membuktika­n mereka masih percaya dan berpegang kepada slogan Cekap, Akauntabil­iti dan Telus. — Bernama PASIR MAS: Kerajaan persekutua­n memperuntu­kkan wang ihsan sebanyak RM2.2 juta untuk diagihkan kepada 4,553 mangsa banjir di jajahan Pasir Mas yang berlaku pada penghujung tahun lepas dan awal tahun ini.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat berkata setiap ketua keluarga akan menerima sebanyak RM500 seorang bagi meringanka­n beban akibat bencana alam itu.

Beliau berkata pemberian wang ihsan berkenaan dilakukan dalam tiga fasa yang mana fasa pertama hari ini menyaksika­n 653 ketua keluarga menerima pemberian berjumlah RM326,500.

“Fasa kedua dan ketiga tarikhnya akan ditetapkan kemudian,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an wang ihsan berkenaan di Kolej Vokasional Pasir Mas di sini.

Hanafi juga berkata rakyat perlu bersyukur dengan adanya agensi kerajaan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) yang sentiasa melaksanak­an tugasan dengan baik ketika berlakunya bencana.

Beliau berkata, pemberian wang ihsan itu menunjukka­n keprihatin­an kerajaan persekutua­n terhadap nasib penduduk di kawasan yang ditimpa bencana alam.

“Sebagai wakil kepada setiap warga Pasir Mas, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih khususnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang begitu prihatin dengan masalah rakyat di sini,” katanya sambil berharap wang ihsan itu dapat mengurangk­an beban perbelanja­an harian mereka.

Beliau berkata rakyat seharusnya pandai menilai dan bersyukur dengan kerajaan yang ada sekarang yang begitu peka dengan setiap permasalah­an rakyat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia