Utusan Borneo (Sarawak)

Semangat gotong-royong baiki 15 rumah di Parlimen Wangsa Maju

-

KUALA LUMPUR: Hasrat 15 penghuni rumah di Parlimen Wangsa Maju untuk menikmati kediaman yang lebih selesa kian hampir apabila mereka terpilih sebagai penerima bantuan dalam Program Baik Pulih Rumah Secara Gotong-Royong.

Program khas kerajaan persekutua­n yang bertujuan membantu penduduk miskin menyaksika­n peserta terpilih menerima bantuan membaiki rumah bernilai RM5,000 hingga RM15,000 sebuah yang dilaksanak­an secara semangat gotong-royong melibatkan masyarakat setempat dan jabatan kerajaan.

Tinjauan Bernama di Kampung Puah Lembah di ka- wasan parlimen itu semalam menyaksika­n sukarelawa­n dan penduduk sedang sibuk bergotong-royong membaiki dua rumah kayu bersama Anggota Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan kakitangan Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

Antara sukarelawa­n yang terlibat ialah Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah yang turut membantu mengecat sebuah rumah itu.

Ketika ditemui Mohd Shafie berkata program itu yang dijayakan hasil peruntukan ICU melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan ( NBOS) membolehka­n mereka bergotong- royong membaiki kerosakan rumah pada kos minimum, melibatkan kerjakerja membaiki bumbung rosak, mengikat bata dan mengecat rumah.

Beliau berkata Parlimen Wangsa Maju mendapat peruntukan bagi membaiki 15 rumah yang sedang berjalan sekarang dan dijangka siap dalam tempoh seminggu ini.

Beliau berkata penghuni rumah yang terpilih adalah kalangan mereka yang tersenarai dalam program eKasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertujuan membantu golongan yang memerlukan.

“Sebelum terpilih, semua yang terbabit akan turun padang bagi melihat rumah pengadu dan selepas itu baru penghuni rumah disahkan layak menerima bantuan,” katanya sambil berharap bantuan itu mampu membantu keluarga terbabit menjalani kehidupan lebih selesa dan baik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia