Utusan Borneo (Sarawak)

The Blues berpesta gol di laman sendiri

-

LONDON, England: Chelsea memulakan kempen Liga Juara-Juara dengan bergaya ketika gol cantik Pedro dan Davide Zappacosta memastikan kemenangan 6-0 ke atas pendatang baharu kejohanan, Qarabag di Stamford Bridge Selasa lepas.

Skuad kendalian Antonio Conte bersemanga­t tinggi ketika menentang pasukan kerdil dari Azerbaijan itu dengan rembatan jarak jauh Pedro membuka jaringan seawal minit kelima.

Zappacosta meraikan penampilan sulung di Stamford Bridge selepas perpindaha­n dari Torino dengan gol solo dan gol pertama beliau untuk Chelsea.

Cesar Azpilicuet­a, Tiemoue Bakayoko dan Michy Batshuayi menambah jaringan dalam separuh masa kedua sebelum gol sendiri pemain Qarabag melengkapk­an jaringan.

“Ia satu keputusan yang baik. Kami memulakan Liga Juara- Juara dengan cara yang betul,” kata Conte.

“Saya melihat komitmen yang hebat, fokus dan penumpuan dari awal permainan. Ia adalah prestasi yang hebat dari pemain.

“Ada banyak perkara positif dari pasukan. Davide Zappacosta bermain dengan sangat baik.”

Diletakkan dalam kumpulan sukar termasuk Atletico Madrid dan AS Roma, Chelsea tidak mampu tercicir mata apabila menentang pasukan Qarabag yang tidak begitu dikenali di Eropah.

Conte mengambil risiko dengan melakukan lima perubahan dari skuad yang menang 2-1 di Leicester City Sabtu lepas, dengan merehatkan David Luiz, Victor Moses, Bakayoko, Antonio Rudiger dan Alvaro Morata.

Tetapi Conte, di mana pertukaran skuad adalah dengan perhatian perlawanan Liga Perdana menentang Arsenal Ahad ini, tidak begitu risau ketika Chelsea mengasak pintu gol Qarabag sebaik sahaja sepak mula dan mendapat ganjaran seawal minit kelima apabila umpanan Willian menemui Pedro di hujung kotak penalti dan pemain sayap antarabang­sa Sepanyol itu kemudian melakukan satu penyudah cantik.

Qarabag adalah kelab pertama dari Azerbaijan yang beraksi di pusingan pertama Liga Juara-Juara selepas muncul dari rantau diselubung­i peperangan untuk menjadi antara cerita kejayaan yang paling tidak dijangka dalam kejohanan ini.

Chelsea bagaimanap­un tidak mahu memandang rendah lawan mereka dan terus mengekalka­n serangan dengan gol kedua tetapi rembatan Willian ditepis penjaga gol Ibrahim Sehic sebelum gol kedua menyusul pada minit ke-30 dan mungkin dengan sedikit ‘tuah’ apabila Zappacosta melarikan bola dari kawasan padangnya sendiri, melepasi dua pemain Qarabag sebelum melakukan satu hantaran yang mengeliruk­an penjaga gol lawan.

Qarabag mempunyai satu cubaan ke pintu gol tetapi cubaan Pedro Henrique ditepis penjaga gol Thibaut Courtois.

Cubaan itu tidak mencemaska­n Chelsea yang menjaringk­an gol ketiga pada minit ke-55 dari satu tandukan Azpilicuet­a selepas menerima umpanan cantik Cesc Fabregas.

Willian melihat satu cubaannya terkena palang sebelum Bakayoko menjaringk­an gol pertama beliau sejak perpindaha­n dari Monaco dengan menyempurn­akan umpanan Eden Hazard.

Keadaan menjadi lebih buruk buat Qarabag apabila Batshuayi menjaringk­an gol kelima, juga dari umpanan Hazard sebelum Maksim Medvedev tertolak bola ke pintu gol sendiri dari rembatan Batshuayi pada minit ke-76 untuk melengkapk­an jaringan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TERTEKAN: Batshuayi (kiri) memberikan tentangan sengit kepada pemain Qarabag, Maksim Medvedev sebelum pemain pertahanan itu menjaringk­an gol sendiri pada aksi di Stamford Bridge Selasa lepas.
— Gambar Reuters TERTEKAN: Batshuayi (kiri) memberikan tentangan sengit kepada pemain Qarabag, Maksim Medvedev sebelum pemain pertahanan itu menjaringk­an gol sendiri pada aksi di Stamford Bridge Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia