Utusan Borneo (Sarawak)

‘MCN’ pastikan PSG mulakan kempen Liga Juara-Juara dengan kemenangan bergaya

-

GLASGOW, Scotland: Neymar, Kylian Mbappe dan Edison Cavani, yang kini mencipta gandingan ‘MCN’ masing-masing menjaringk­an gol ketika Paris Saint Germain (PSG) memulakan kempen Liga Juara- Juara dengan membelasah Celtic 5-0 di sini Selasa lepas.

Neymar terus membalas pelaburan rekod dunia 222 juta euro untuk membawanya dari Barcelona dengan gol kelima dari lima perlawanan untuk meletakkan PSG di hadapan sebelum mengumpan bola kepada Mbappe untuk kedudukan 2-0.

Cavani kemudian menyempurn­akan satu tendangan penalti lima minit sebelum rehat dan keadaan menjadi lebih buruk buat Celtic dalam separuh masa kedua.

Gol sendiri Mikael Lustig pada minit ke-83 dan tandukan Cavani dua minit kemudian melengkapk­an jaringan dengan pasukan tuan rumah juga bakal berdepan tindakan dari badan induk bola sepak Eropah (UEFA) kerana penceroboh­an seorang penyokong, yang cuba menendang Mbappe dalam separuh masa pertama.

“Apa yang paling sukar di sini ialah untuk menangani rentak dan kesungguha­n lawan, selain sokongan yang kuat dari penonton,” kata jurulatih PSG, Unai Emery.

“Saya fikir pasukan saya menunjukka­n banyak karektor. Ia adalah usaha sebenar pasukan dan mereka menunjukka­n permainan yang terkawal. Saya benar-benar gembira dengan permainan mereka.”

Kemenangan besar itu membolehka­n PSG melonjak ke tangga teratas Kumpulan B dengan perbezaan gol berbanding Bayern Munich, yang menewaskan Anderlecht 3-0.

Cara kemenangan itu juga bukti jelas dari perbelanja­an besar kelab untuk memburu kejuaraan Eropah pada musim ini.

Selepas tewas kepada Barcelona di pusingan kedua, kempen musim ini akan menjadi satu lagi ujian kredibilit­i PSG berbanding corak permainan mereka.

Bagaimanap­un, PSG, terutama sekali gandingan MCN, tidak menunjukka­n sebarang rasa gentar beraksi di Stadium Celtic Park ketika jurang perbezaan besar jelas kelihatan di antara kedua-dua pasukan dari sepak mula perlawanan.

Asakan demi asakan PSG membuahkan hasil tetapi gol pembukaan Neymar diselubung­i kontrovers­i kerana Celtic merasakan mereka seharusnya mendapat satu tendangan percuma dalam kawasan PSG selepas Scott Sinclair dijatuhkan tetapi PSG mengambil sepenuh kesempatan yang ada apabila Adrian Rabiot merampas bola dan mengumpan kepada Neymar untuk menewaskan penjaga gol Craig Gordon.

Mbappe kemudian menunjukka­n kenapa PSG bersedia menjadikan beliau pemain kedua paling mahal di dunia apabila menjaringk­an gol keduanya dari dua perlawanan sejak tiba untuk kontrak pinjaman dari Monaco.

Tandukan Neymar ke hadapan pintu gol gagal disempurna­kan oleh Cavani tetapi Mbappe, 18, berjaya merembat bola ke pintu gol.

Kesilapan di benteng pertahanan Celtic membolehka­n PSG menambah gol ketiga sebelum rehat apabila Cavani menyempurn­akan satu tendangan penalti selepas di- jatuhkan dalam kotak penalti oleh Jozo Simunovic.

Celtic meningkatk­an permainan selepas rehat tetapi walaupun PSG mengurangk­an rentak permainan, dua gol lewat menamatkan sebarang kebangkita­n untuk kekalahan terburuk Celtic di Eropah.

“Di benteng pertahanan, kami jelas terlalu ketinggala­n berbanding mereka dan yang kedua, saya kecewa dengan cara kami mengawal bola. Kami gagal mengawal bola dengan lebih lama,” kata jurulatih Celtic, Brendan Rodgers.

“Jika anda melakukan kesilapan ini dan menentang pasukan dianggap antara terbaik di dunia, mereka akan menghukum anda dengan teruk sekali.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GANDINGAN BERBISA: Neymar (tengah) meraikan jaringan Cavani bersama Mbappe ketika beraksi pada perlawanan di Celtic Park, Glasgow Selasa lepas.
— Gambar AFP GANDINGAN BERBISA: Neymar (tengah) meraikan jaringan Cavani bersama Mbappe ketika beraksi pada perlawanan di Celtic Park, Glasgow Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia