Utusan Borneo (Sarawak)

Al Qaeda beri amaran kepada Myanmar

-

YANGON: Militan AlQaeda meminta sokongan untuk penduduk Islam Rohingya di Myanmar, yang berdepan operasi tentera dan menyebabka­n 400,000 di antara mereka melarikan diri ke Bangladesh, dan memberi amaran bahawa Myanmar akan berdepan hukuman di atas jenayah mereka.

Al-Qaeda yang didakwa mendalangi serangan 11 September 2001 ke atas Amerika Syarikat ( AS), mengeluark­an kenyataan menggesa orang Islam di seluruh dunia untuk menyokong penduduk Islam di Myanmar dengan bantuan, senjata dan sokongan tentera.

“La y a n a n bu r u k kepada saudara Islam kita seharusnya tidak dibiarkan tanpa hukuman,” Al-Qaeda menyebut dalam satu kenyataan menurut kumpulan pemantau SITE.

“Kerajaan Myanmar bakal merasai apa yang dirasai saudara Islam kita.”

Myanmar berkata pasukan tenteranya menjalanka­n operasi sah menghapusk­an ‘ pe n g g a n a s ’ ya n g dipersalah­kan mendalangi serangan ke atas pos kawalan polis dan tentera dan juga ke atas orang awam.

Kerajaan memberi amaran tentang serangan bom di bandar-bandar dan desakan Al-Qaeda untuk menyerang balas, dijangka memburukka­n lagi situasi.

“Kami meminta saudara jihad kami di Bangladesh, India, Pakistan dan Filipina untuk pergi ke Burma dan membantu saudara Islam dan membuat persediaan yang perlu — latihan dan seumpamany­a — untuk menentang pemerintah kejam ini,” menurut kumpulan tersebut lanjut. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia