Utusan Borneo (Sarawak)

INGAT TARIKH KERAMAT

16 September amat penting bagi rakyat Sarawak dan Sabah, jadikan pedoman untuk capai kemajuan: KM

- Oleh Watt Zacchaeus dan Borhaniza Ali Basah

SIBU: Penduduk Sarawak dan Sabah sangat mementingk­an Hari Malaysia pada tanggal 16 September iaitu hari yang cukup signifikan dalam sejarah Malaysia.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, namun demikian Sarawak dan Sabah turut tidak melupakan 31 Ogos.

“Ini kerana pada 31 Ogos, pembentuka­n Malaysia belum wujud lagi dan ia hanya wujud enam tahun kemudian.

“Ia tidak bererti kita tidak mengiktira­f 31 Ogos sebagai hari penting yang kini dinamakan sebagai Hari Kebangsaan dan bukan Hari Kemerdekaa­n.

“Kita menghormat­i 31 Ogos 1957 sebagai tarikh Persekutua­n Tanah Melayu mendapat kemerdekaa­n daripada kerajaan British yang diikuti oleh penubuhan Malaysia enam tahun kemudian,” katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2017 di Dataran Bandar Sibu, malam tadi.

Hadir sama Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, isteri Abang Johari Datin Patinggi Dato Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh serta isteri Datin Sri Pauline Leong dan difdif kenamaan lain.

Seramai 5,000 hadirin termasuk para tetamu jemputan hadir pada majlis tersebut yang diadakan dengan penuh gilang-gemilang meskipun dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Abang Johari berkata, justeru rakyat di negeri ini harus menjunjung tanggal 16 September ini untuk maju ke depan.

“Saya mahu rakyat ingat tarikh ini (16 September) sampai bila-bila sebagai pedoman dan pegangan kita tentang kepayahan pemimpin terdahulu membentuk negeri kita sebahagian dari Malaysia,” tegasnya.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n kepada kerajaan persekutua­n yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah mengiktira­f 16 September sebagai cuti umum di seluruh negara sejak 2009.

Sementara itu, beliau memuji usaha kerajaan persekutua­n yang turut membantu negeri ini maju sejajar dengan kemudahan infrastruk­tur di Semenanjun­g Malaysia seperti memberi peruntukan untuk pembinaan projek Lebuh Raya Pan Borneo dan menaik taraf sekolah-sekolah daif di negeri ini.

“Kerajaan persekutua­n begitu komited untuk membantu kita (Sarawak) maju sejajar dengan apa yang mereka ada di sana,” tambahnya.

Beliau memberitah­u rakyat Sarawak juga mengingink­an kemajuan yang sama seperti Semenanjun­g Malaysia dalam konteks pembanguna­n ekonomi dan sebagainya.

Menurutnya, ini kerana ia menjadi harapan dan aspirasi pemimpin terdahulu yang menandatan­gani Perjanjian Malaysia 1963.

“Tidak dinafikan kita banyak ketinggala­n pembanguna­n infrastruk­tur berbanding Semenanjun­g Malaysia,” katanya lagi.

 ??  ?? HARI MALAYSIA: Tun Taib serta isteri Ragad bersama Abang Johari dan isteri Juma’ani memotong kek sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri yang berlangsun­g di Dataran Sibu, malam tadi.
HARI MALAYSIA: Tun Taib serta isteri Ragad bersama Abang Johari dan isteri Juma’ani memotong kek sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri yang berlangsun­g di Dataran Sibu, malam tadi.
 ??  ?? SIMBOLIK: Taib melakukan simbolik perasmian sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri yang berlangsun­g di Dataran Sibu, malam tadi. Sementara, Abang Johari, Awang Tengah Wong dan Morshidi melihat sama.
SIMBOLIK: Taib melakukan simbolik perasmian sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri yang berlangsun­g di Dataran Sibu, malam tadi. Sementara, Abang Johari, Awang Tengah Wong dan Morshidi melihat sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia