LAGI PEMBALAKAN HARAM TUMPAS

Utusan Borneo (Sarawak) - - Front Page -

KANOWIT: Sebanyak 336 batang kayu balak, sebuah lori dan traktor dirampas dalam operasi bersepadu di Ulu Sungai Tuah di sini, kelmarin.

Operasi itu disertai Polis Marin, Jabatan Hutan dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) susulan menerima maklumat awam.

Menurut SFC dalam satu kenyataan semalam, dalam serbuan itu lori muatan balak, sebuah traktor dan sebanyak 336 batang kayu balak dirampas dan diserahkan kepada Jabatan Hutan untuk siasatan lanjut dan dilupuskan.

“Kayu balak itu disyaki diperolehi secara haram apabila tiada tanda rasmi ditemui.

“Tambahan pula, lesen pembalakan dikeluarkan untuk kawasan terbabit telah tamat tempoh pada tahun lepas,” kata SFC lagi.

Laporan polis telah dibuat berhubung kes tersebut di Balai Polis Sibu Jaya.

TUMPAS: Sebahagian daripada kayu balak yang dirampas dalam serbuan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.