Letupan jejas London Underground

Perkhidmatan kereta api bawah tanah Tube tergendala, hampir 30 tercedera

Utusan Borneo (Sarawak) - - Front Page -

LONDON: Pihak polis British bergegas semalam untuk mengesan sesiapa yang telah meletakkan sebutir bom di dalam sebuah kereta api London Underground yang penuh, ketika pihak berkuasa menaikkan paras ancaman negara kepada maksimum, bermakna serangan lagi parti akan berlaku.

Letupan pada pagi kelmarin, yang menyebabkan 29 orang tercedera, merupakan serangan keganasan kelima di Britain dalam tempoh enam bulan dan telah diakui oleh kumpulan Islamic State.

Perdana Menteri Theresa May telah mengumumkan pada lewat kelmarin bahawa paras ancaman telah dinaikkan kepada kritikal, dan menyatakan pasukan tentera akan mengambil alih mengawal beberapa kawasan utama bagi membolehkan anggota polis bagi pengerahan d tempat lain.

Letupan di stesen Parsons Green di barat daya London telah menyebabkan satu kebakaran yang menyebabkan beberapa orang penumpang mengalami melecur dan berlakunya rempuhan oleh orang ramai yang panik di mana beberapa orang telah dipijak.

Tiada sesiapa yang telah ditangkap setakat ini bagi pengeboman itu.

“Kami sedang memburu suspek,” ketua polis antikeganasan Mark Rowley memberitahu wartawan.

“Seseorang meletakkan bahan letupan buatan sendiri ini di dalam Tube.

“Kami perlu berfikiran terbuka pada peringkat ini mengenai dia dan rakan subahatnya.”

Dalam satu kenyataan kelmarin, kumpulan itu menyatakan seorang anggota IS telah melakukan serangan di London.

Sebelum itu Rowley menyatakan kebanyakan dari kecederaan adalah disebabkan melecur, sementara yang lain telah tercedera ketika para penumpang berlari keluar dari stesen dalam keadaan panik.

SeorangsaksiCharlieCraven memberitahu AFP beliau telah mendengar satu letupan kuat, sambil menambah: “Saya melihat satu bentuk bebola api jingga yang mengelilingi seluruh Tube bergerak ke arah kamu.”

Seorang pengguna Twitter @ Rrigs telah menghantar beberapa keping gambar bagi satu kepulan putih yang menyelubungi kereta api dan menyatakan bagaiaman satu bebola api telah membakar gerabak dan kami hanya melompat keluar melalui pintu terbuka.

Baldi, yang berada di dalam sebuah beg makanan beku dari rangkaian pasar raya bajet Lidl, kelihatan seperti jenis yang digunakan oleh jurubina dan kelihatan kabel yang muncul keluar darinya.

May menyatakan alat itu jelas bertujuan untuk menyebabkan bahaya yang ketara, mengecam ia sebagai satu serangan bersifat pengecut.

Bercakap pada petang kelmarin, Rowley menyatakan saki baki bom itu telah diperiksa oleh para saintis forensik.

Pihak media British telah melaporkan bahawa ia mempunyai satu alat masa namun gagal untuk meletup sepenuhnya.

Seramai 29 orang mangsa telah menerima rawatan di hospital, walaupun pihak berkuasa kesihatan menyatakan tiada seorang yang berada dalam keadaan serius dan lapan orang telah dibenarkan keluar kelmarin.

Louis Hather, 21, yang dalam perjalanan untuk ke tempat kerja dan berada dalam tiga gerabak dari mana letupan itu berlaku.

“Saya boleh menghidu bau hangus, seperti plastik terbakar,” jelas mangsa.

Hather telah dipijak ketika para penumpang merempuh keluar dari stesen, mengakibatkan kakinya luka dan lebam teruk.

Kawasan di sekitar stesen Parsons Green, sebuah daerah kediaman kaya dan sunyi, dipenuhi dengan kafe menarik telah dikosongkan sepanjang hari.

Penduduk tempatan dan perniagaan berkumpul bersama untuk memberikan minuman, tempat mengecas telefon, dan membenarkan penggunaan tandas mereka kepada mangsa terjejas yang tidak dapat pulang ke rumah dengan segera. — AFP

— Gambar AFP

MENGGEMPARKAN: Pegawai forensik polis menjalankan siasatan di sekitar kereta api bawah tanah Tube di pelantar stesen Parsons Green London Underground di barat London, kelmarin susulan insiden dalam salah satu gerabak di mana satu bekas putih (gambar kanan) terbakar sejurus meletup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.