SJKC Chin Nam sambut Hari Malaysia pupuk patriotisme

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

MIRI: Dalam usaha memupuk semangat patriotik dan cinta akan negara pelajar murid, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Nam di Niah mengadakan program perarakan sempena sambutan Hari Malaysia 916, Jumaat lalu.

Program berkenaan disertai oleh warga sekolah terbabit dirasmikan Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah SJKC Chin Nam Niah, Penghulu Haw Min Wai.

Haw dalam ucapan rasminya berkata, aktiviti itu bertujuan mengimarahkan sambutan Hari Malaysia kali ke-54, di samping meningkatkan kesefahaman semangat cintakan negara di kalangan pelajar sekolah.

“Sedikit sebanyak melalui aktiviti ini, mereka memahami erti pembentukkan Malaysia dan semangat perpaduan yang ada di kalangan masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama.

“Malah, semangat perpaduan itu dapat dilihat di sekolah ini yang pelajarnya bukan sahaja terdiri daripada kaum Cina, tetapi turut mempunyai pelajar yang berlainan bangsa yang ada di Sarawak,” jelasnya.

Tambahnya, dalam masa sama para pelajar berkenaan turut diberikan pendedahan mengenai sejarah Hari Malaysia untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang penubuhan Malaysia bersama Sarawak dan Sabah.

Beliau turut berharap aktiviti sedemikian diadakan tahunan untuk memupuk semangat patriotik dan cintakan negara.

Aktivitiperarakandimulakan di pekarangan sekolah dan kawasan pasar yang berdekatan dengan membawa bendera Sarawak dan Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.