Utusan Borneo (Sarawak)

RELA bergotong-royong baik pulih rumah anggota di Kpg Sungai Belian

-

KUCHING: Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) baru-baru ini mengadakan program gotong- royong membaik pulih sebuah rumah anggotanya di Kampung Sungai Belian, Lundu.

Anjuran Pejabat RELA Daerah Lundu, gotongroyo­ng tersebut merupakan salah satu daripada inisiatif RELA di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Menurut Penolong Pegawai RELA Daerah Lundu Haslan Hassan, gotong-royong ini disertai 50 anggota RELA dari kampung tesebut dibantu petugas beberapa agensi lain.

Antara agensi lain turut membantu Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) serta yang lain.

“Program bermula seawal jam 8.30 pagi dengan taklimat kepada agensi yang terlibat diketuai Pegawai RELA Daerah Lundu, Silon Janda.

“Pada sebelah petang pula diadakan majlis simbolik perasmian dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu,” katanya.

Dalam pada itu, program membaik pulih rumah anggota ini diadakan sekali setahun bagi setiap daerah dan antara daerah yang mengadakan­nya ialah Marudi, Miri, Kuching Selatan, Samarahan dan Lundu.

“Kita menerima banyak permohonan anggota untuk program seperti ini namun disebabkan kekangan kewangan kita perlu memilih beberapa buah rumah sahaja untuk dibantu.

“Kita berharap lebih ra- mai lagi anggota RELA yang dapat dibantu pada program akan datang,” katanya.

Pengarah RELA Negeri, Rini Tupong turut hadir pada program tersebut bagi membantu melepar dinding, menukar atap serta kayu atap rumah anggota berkenaan.

 ??  ?? HARGAI: Jamilah berjabat tangan dengan Rini (kiri) sebagai tanda berterima kasih kepada RELA Sarawak dan RELA Daerah Lundu yang membantu anggotanya. Turut kelihatan Silon.
HARGAI: Jamilah berjabat tangan dengan Rini (kiri) sebagai tanda berterima kasih kepada RELA Sarawak dan RELA Daerah Lundu yang membantu anggotanya. Turut kelihatan Silon.
 ??  ?? KERJASAMA: Anggota RELA serta wakil dari agensi-agensi lain membantu membaik pulih rumah salah seorang anggota di Kampung Sungai Belian, Lundu.
KERJASAMA: Anggota RELA serta wakil dari agensi-agensi lain membantu membaik pulih rumah salah seorang anggota di Kampung Sungai Belian, Lundu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia