19 organisasi terima MRP RM180,000 DUN Pelagus

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KAPIT: Seramai 19 organisasi terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK), badan bukan kerajaan (NGO) serta persatuan menerima geran kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM180,000.

Geran MRP itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus, Wilson Nyabong Ijang pada satu majlis di Pusat Khidmat Parti Rakyat Bersatu (PRS) DUN Pelagus, barubaru ini.

Antara penerima ialah Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU), Biro Wanita JKKK Lepong Sut, Kelab Sukan Dan Rekerasi D’Surah Kapit, Jawatankuasa Pengurusan Bazaar Gawai 2017, JKKK Genturong Sawang A dan JKKK Kampung Amang Satang Atas.

JKKK Nanga Banyau Ulu Baleh, JKKK Nanga Peranan Kanan Merit, JKKK Nanga Sebunut Pelagus, JKKK Rumah Achan, PIBG SK Nanga Antaroh, Kelab Sukan Rekreasi Viking Kapit, serta Biro Wanita JKKK Rumah Emak.

Turut menerima geran ialah Biro Wanita Rumah Laja, Nanga Peraran, Biro Wanita Rumah Sabang, JKKK Nanga Banyau Merirai, Baleh, RELA Kapit, SIDS Unit Sungai Amang dan JKKK Sungai Amang Ulu.

Nyabong berkata, geran MRP itu sebahagian peruntukan tahun ini untuk membantu semua penerima menjalankan aktiviti dan program masing-masing.

Beliau juga menasihatkan penerima geran MRP supaya menyediakan laporan lengkap mengenai perbelanjaan wang peruntukan tersebut, selain memanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Hadir sama pada majlis ialah Wali Kota Majlis Daerah Kapit ( MDK) Philimon Nuing, Pegawai Belia dan Sukan Kapit, Jack Janda Pioh, Penghulu Daniel Dian, Penghulu Sallang Batang dan Penghulu Steward Sawing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.