Utusan Borneo (Sarawak)

Simoi gembira perkembang­an positif projek pembesaran Kampung Skait

-

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri melahirkan perasaan gembira dengan perkembang­an terkini projek pembesaran Kampung Skait, Sri Aman yang sedang dalam pelaksanaa­n.

Beliau berkata, siapnya projek ini nanti ia bakal memberi wajah baharu perkampung­an berkenaan sedikit masa lagi.

Menurutnya, projek pem- besaran Kampung Skait kini masih dalam proses pembinaan infrastruk­tur seperti sistem perparitan dan jalan batu.

Simoi menambah, projek ini adalah inisiatif kerajaan negeri dengan peruntukan sebanyak RM3.3 juta.

“Sebagai wakil rakyat kawasan ini, saya berharap projek ini dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan,” ujarnya semasa meninjau projek berkenaan di sini semalam.

Simoi menambah, fokus utama kerajaan bukan sahaja membawa pembanguna­n mega ke kawasan luar bandar mahupun ke kampung sebaliknya kerajaan turut fokus bagi memastikan luar bandar menerima pembanguna­n sama seperti bandar.

“Justeru, rakyat perlu meli- hat perkara ini ke arah positif kerana kawasan luar bandar juga tidak ketinggala­n menerima pembanguna­n sama seperti di bandar,” jelasnya.

Turut mengiringi beliau meninjau perkembang­an projek berkenaan semalam, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak DUN Lingga, Sulaiman Amut, Kaunselor Kunjang Nanang serta yang lain.

 ??  ?? JAGA KEBERSIHAN: Dr Uma (empat kanan) bersama yang terlibat menjayakan program gotong-royong anjuran Litter Busters di pusat komersil di Miri.
JAGA KEBERSIHAN: Dr Uma (empat kanan) bersama yang terlibat menjayakan program gotong-royong anjuran Litter Busters di pusat komersil di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia