Perbincangan selaras tahfiz belum muktamad

KPM, JAKIM belum capai kata sepakat letak tahfiz bawah kementerian atau terus kurikulum sedia ada

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan - Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) belum memuktamadkan perbincangan menyelaras sekolah tahfiz di bawah satu kementerian.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, KPM dan JAKIM sebelum ini mencapai kesepakatan menentukan terma bagi pendaftaran sekolah tahfiz agar dapat diletak di bawah satu institusi.

Namun katanya, kedua-dua pihak masih belum mencapai kata muktamad sama ada mahu sekolah ini diselaras di bawah satu kementerian atau meneruskan kurikulum pembelajaran seperti sedia ada.

“Sekolah tahfiz diletak di bawah kuasa Majlis Islam negeri masing-masing dan mempunyai silibus pembelajaran sendiri berbanding KPM.

“Bagaimanapun, kerana insiden besar kes kebakaran melibatkan sekolah tahfiz baru-baru ini, kementerian mahu pastikan bahawa pendaftaran sekolah tahfiz dan agama termasuk sekolah pondok mematuhi aspek keselamatan,” katanya.

Beliauberkatademikianketika ditemui pada program gotongroyong bersama KPM sempena Program Jelajah Pendidikan KPM di Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang dekat sini semalam.

Dalamperkembanganberkaitan, Dr Khair berkata kementerian memberi perhatian kepada isu keselamatan membabitkan murid dan pelajar terutama sekolah-sekolah daif di kawasan pedalaman.

“Pengarah Pendidikan Negeri, Rakayah Madon membentangkan isu sekolah daif kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Dalam pembentangan tersebut kita juga menekankan bagaimana untuk membangun dan membina semula sekolah daif ini termasuk bangunan asrama, rumah guru, pejabat dan semua fasiliti yang ada di sekolah itu,” katanya.

Bercakap mengenai program itu semalam, gotong-royong tersebut sempena Program Jelajah KPM ke negeri ini.

Bezanya gotong-royong dilaksana di Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang ini ialah membabitkan kerjasama guru dan ibu bapa dalam membina bahan mengajar selain aktiviti pembersihan dan sebagainya.

Pada sebelah petang pula, majlis perasmian Program Jelajah KPM diadakan di Plaza Merdeka bertujuan mendekati masyarakat dan mempromosikan program serta perkhidmatan disedia kementerian untuk memajukan bidang pendidikan.

Sekolah tahfiz diletak di bawah kuasa Majlis Islam negeri masing-masing dan mempunyai silibus pembelajaran sendiri berbanding KPM. Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

BANTU: Dr Khair (tengah) membina bahan mengajar untuk murid di SK Merpati Jepang pada program gotong-rotong bersama ibu bapa dan guru serta warga KPM semalam.

TINJAU: Simoi (kiri) sedang meninjau pelaksanaan sistem perparitan di Kampung Skait, Sri Aman semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.